Isteri bersalin normal, Dai Syed kongsi nama anak sulung
Pendakwah selebriti, Dai Syed kongsi nama anak perempuannya selepas isterinya, Hana Ismail melahirkan puteri sulung mereka itu beberapa hari lepas pada 14 Ogos 2024.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Da’i Syed memuat naik beberapa foto memaparkan dia sedang mendukung anak perempuan bersama isteri yang berada di sampingnya.
Dai Syed kongsi nama anak sulung
Dalam pada itu, Da’i Syed menerusi ruangkan kapsyen memaklumkan mereka memberikan nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail kepada anak perempuan mereka.
Pada masa yang sama, pendakwah berusia 29 tahun itu juga meluahkan rasa kesyukuran kerana Hana melahirkan anak mereka dengan normal dan tanpa sebarang masalah.
Dai Syed kongsi nama anak sulung beserta maksud
“Alhamdulillah, akhirnya kami tiga sekeluarga. Perkenalkan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail yang dilahirkan pada 14 Ogos 2024, bersamaan dengan 9 Safar 1446H.
“Syukur pada Allah atas kelahiran Puteri sulung kami, dan Hana bersalin secara normal, Alhamdulillah. Mohon doakan kebaikan buat keluarga kecil kami,” katanya pada ruangan kapsyen.
Sementara itu, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful turut memberikan maksud kepada setiap nama yang diberikan kepada puterinya.
Artikel lain: Da’i Syed tarik balik rayuan perintah bela diri bagi tuduhan perkosa wanita
Isteri bersalin normal, Dai Syed kongsi nama anak
“Sharifah bermaksud mulia, Fatma bermaksud pemberian dan Nour bermaksud cahaya,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan kesyukuran mereka terhadap cahaya mata Da’i Syed serta pasangannya disamping turut mengucapkan tahniah kepada mereka.
Tahniah Syed dan Hana!
Alhamdulillah, semoga jadi anak solehah
Alhamdulillah, tahniah! Tak sangka sama tarikh lahir
Terdahulu, Da’i Syed pernah didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika itu) dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam pada 11 September 2019.
Bagaimanapun, Da’i Syed mengaku tidak bersalah. Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan dia daripada pertuduhan merogol susulan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya pada akhir kes pendakwaan.
Sumber: Instagram Da’i Syed
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source