Kieda Crepe menangis, dituduh punca kandungan gugur-“Kalau Allah dah kata.. apa saya boleh buat?”
Usahawan pencuci mulut, Khalieda Yusra atau lebih dikenali Kieda Crepe menangis apabila dituduh menjadi punca keguguran selepas usia kandungannya mencecah 10 minggu enam hari.
Menerusi sesi siaran langsung, Kieda menjelaskan dirinya hanya berkongsi perasaan teruja ketika disahkan hamil.
Kieda Crepe menangis
Katanya lagi, dia juga mahu berkongsi perjalanannya sepanjang berikhtiar mendapatkan zuriat, lebih-lebih lagi dimaklumkan hamil anak kembar tiga selepas hampir lima tahun menunggu.
“Saya cuma teruja sebab perjuangan saya nak dapatkan anak ketiga ini semua orang tengok.
“Saya selalu berkongsi semasa buat scan dan makanan yang saya makan untuk hilangkan PCOS (Sindrom Ovari Polisistik) serta cyst,”katanya.
Kieda hamil luar rahim?
Kieda berkata, doktor pernah memaklumkan berkemungkinan dia hamil di luar rahim dan tiada sebarang punca keguguran seperti turun darah.
“Anak saya memang kuat dalam rahim.Semasa minggu ke empat, kelima, doktor scan tak nampak dan luar rahim pendarahan.
“Doktor kata jangan taruh harapan, mungkin mengandung luar rahim.
“Bukan sebab kerja atau pergi mandi-manda. Doktor pun kata bukan, ini semua kuasa Dia (Allah). Ada yang sudah 33 minggu pun anak meninggal tanpa ada punca,”katanya lagi.
@yanaamer99 Stay strong kak kieda semoga dipermudahkan segala urusan kita tgol live dia kita sekali sedih🥲#kiedacrepe #semogacepatsembuh #semogakuathadapinya
‘Takkanlah nak bunuh anak’
Dalam pada itu, usahawan asal Pulau Pinang itu kesal dengan dakwaan segelintir warganet yang mendakwanya tidak menjaga kandungan dengan baik.
Kieda juga menyangkal tuduhan warganet yang menuduhnya mahu membunuh anak dalam kandungan.
“Tapi orang komen macam saya pula yang nak bunuh anak. Saya beli supplement mahal-mahal untuk anak nombor tiga ini. Anak pertama dan kedua pun saya tak makan supplement macam ini.
“Tapi bila Allah kata jantung anak saya nak berhenti, apa yang saya boleh buat? Bukan saya minta, takkan saya nak bunuh anak saya.
“Orang komen, ‘padan muka sebab beritahu terlalu awal.’ Saya cuma teruja nak dapatkan ‘dua garis’, semua orang nampak.
“Saya memang aktif bekerja, saya tunggu untuk datang bulan tapi Allah beri anak untuk saya,”luahnya.
Maklum Kieda, dia akan menjadikan isu tersebut sebagai pengajaran agar tidak terlalu teruja untuk berkongsi berita kehamilan pada masa akan datang.
Artikel lain: Kieda Crepe alami keguguran, tiada rezeki anak kembar 3-“Patutlah alah makin hilang..”
Terdahulu, Kieda memaklumkan bahawa dia telah mengalami keguguran selepas usia kandungannya mencecah 10 minggu enam hari.
Sebelum ini, Kieda memberi bayangan bahawa dia dan suami bakal menimang bayi kembar tiga tidak lama lagi selepas hampir lima tahun menunggu.
Sumber: TikTok yanaamer99
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source