Suami hadiahkan isteri kereta, hargai pengorbanan lahirkan anak ke-7
Seorang suami hadiahkan isteri kereta sebagai tanda menghargai pengorbanan isteri tercinta melahirkan zuriat ketujuh.
Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Yazid Ismail memberitahu pemberian sebuah kereta Honda City Hatchback itu dianggap satu keperluan untuk isterinya bergerak selepas selesai berpantang.
“Hadiah sebab beranak. Alhamdulillah selepas buat majlis penyerahan hadiah kereta kepada isteri sempena dia bersalin anak yang ketujuh.
“Dia kata tak kisah tiada ada kereta baharu, dia boleh naik kereta Kia Carnival untuk ke mana-mana.
“Saya tengok susah dia nak parking kereta Kia tu sebab besar sangat, kasihan. Maka saya belikan hadiah kereta lebih kecil ni,” kongsinya.
Artikel lain: Anak istimewa hadiahkan ibu bunga – “Cikgu cakap kena bagi pada orang kita sayang”
Suami hadiahkan isteri kereta
Katanya lagi, ia juga sebagai hadiah menghargai ketabahan isterinya mengharungi kesusahan mengandung dan proses kelahiran anak lelaki mereka, Nawwaf pada 12 Ogos lalu.
“Nampak sangat penat masa mengandung, sakit urat, sakit badan tak selesa. Waktu nak bersalin pula dia kata sakit contraction macam kena langgar lori.
“Ya Allah tak boleh nak bayang macam mana kena langgar lori banyak kali setiap empat minit. Tuan- tuan, isteri kita sanggup mempertaruhkan nyawa untuk beranak, ia antara hidup dan mati.
“Lepas tu sambung pula pengorbanan dalam proses penyusuan selama dua tahun, setiap hari tak cukup tidur,” ujarnya.
Nilai kereta tak dapat balas pengorbanan isteri
Pun begitu, katanya pemberian hadiah kereta tersebut sememangnya tidak dapat membalas nilai pengorbanan isterinya.
Tetapi, ia sekurang-kurangnya dapat membuatkan isteri tercinta rasa dihargai di saat penat menguruskan anak-anak.
tapi sekurang-kurangnya dapat membuatkan insan tersayang itu berasa dihargai.
“Hadiah tanda penghargaan tak semestinya besar nilainya, kalau sekadar sejambak bunga pun dah okay. Tapi itulah, kedai bunga susah nak jumpa, tak macam kedai emas merata tempat ada.
“Jadi nak senang beli je la rantai ke gelang ke okay dah. Untuk isteri kita juga, bukan orang lain,”ujar Mohd Yazid.
Kongsi perunding unit amanah ini lagi, ini bukan pertama kali dia menghadiahkan sebuah kereta buat isterinya sebagai tanda menghargai pengorbanan melahirkan anak.
Ujarnya, sebelum ini dia pernah menghadiahkan isteri sebuah kereta Mazda CX5 pada tahun 2021 iaitu sewaktu isterinya melahirkan cahaya mata keenam.
Suami kena bantu isteri, jaga & urus rumah tangga
Dalam pada itu, Mohd Yazid memberitahu seorang isteri tidak semestinya menunjukkan tanda penghargaan buat isteri menerusi pemberian hadiah, sebaliknya melakukan sesuatu yang menggembirkan hati mereka.
Sebagai contoh, seorang suami juga perlu bersama-sama menjaga anak dan menguruskan rumah tangga, selain memberi isteri waktu berehat bagi mengurangkan penat lelah.
“Dulu saya pernah ambil cuti setahun untuk support dia menguruskan anak kembar yang baru lahir.
“Tapi jaga anak dan urus rumah tangga memang tanggungjawab bersama, itu benda biasa.
“Buatlah benda istimewa sikit dengan bagi hadiah penghargaan. Berbunga-bunga hati isteri,” katanya.
Alhamdulillah, murah rezeki Encik Yazid dapat gembirakan hati isteri. Moga rumah tangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sumber: FB Mohd Yazid Ismail, mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source