Individu fitnah ibu Aliff Aziz minta maaf, tak sangka tular -“Sebelum ni tak pernah pun..”
Individu fitnah ibu Aliff Aziz minta maaf setelah wanita asal Singapura itu mahu mengambil tindakan undang-undang kerana telah menabur fitnah terhadap dirinya di media sosial.
Sebelum ini, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rasa berang apabila individu berkenaan mendakwanya mahu mengambil salah seorang cucu daripada bekas menantu, Bella Astillah.
Individu itu kemudian berkata Bella Astillah boleh memohon injuksi mahkamah untuk menghalang perkara itu daripada berlaku.
Tidak cukup dengan itu, individu berkenaan juga menggelar Hafiza sebagai seorang yang narsistik kerana sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak emosinya.
Individu fitnah ibu Aliff Aziz minta maaf
Terbaharu, wanita itu telah membuat permohonan maaf dan akui kesilapan yang dilakukannya sehingga menimbulkan fitnah terhadap Hafiza sekeluarga.
Jelasnya, dia hanya berkongsi tangkap layar daripada Facebook sebelum dimuat naik di platform TikTok.
“Benda tu bukan original daripada saya, saya screenshot daripada artikel di Facebook sebelum kongsikan di TikTok.
“Saya minta maaf,”katanya.
Artikel lain: Difitnah mahu pisahkan cucu, ibu Aliff Aziz nak saman netizen
Dalam pada itu, individu berkenaan memberitahu dia tidak menyangka hantarannya di TikTok tular dan mendapat perhatian Siti Hafiza.
Katanya lagi, dia telah menurunkan hantaran tersebut dan mendoakan yang terbaik buat Siti Hafiza sekeluarga.
Kecewa, taksud kejar populariti
Di ruangan kapsyen, Hafiza meluahkan rasa terkilan dan kecewa terhadap sikap segelintir individu yang sanggup menabur fitnah terhadap seseorang hanya untuk meraih perhatian ramai.
“Ini lah padahnya apabila kita taksub dengan followers, likes dan isu viral dan sanggup menabur fitnah kepada orang lain yang awak sendiri tak kenal.
“Kasihan ibu ayah awak yang sudah pastinya mendidik awak dengan sempurna tapi kena mahu terkenal di media sosial, awak mencalarkan nama mereka,”tulisnya.
Tunggu keputusan, saman atau tidak
Sementara itu, Siti Hafiza memaklumkan dia kini dalam rundingan bersama pihak peguam sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016.
Bagaimanapun pasangan itu akhirnya bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu dan Aliff bersetuju untuk memberi hak penjagaan anak mereka iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4, kepada Bella.
Sumber: Instagram fizaaziz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source