Kisah Dua Kawan Baik Berkongsi Pingat Emas Olimpik
Mereka berkawan baik sejak tahun 2017. Namun dalam Olimpik Tokyo 2020, mereka bertemu sebagai lawan dalam acara lompat tinggi. Kedua-duanya sama hebat, sama-sama cemerlang, sehinggalah mereka sanggup berkongsi pingat emas!
Musim Olimpik sudah berlalu. Namun, ada banyak kisah-kisah menarik yang masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Mutaz Barshim dari Qatar dan Gianmarco Tamberi dari Itali telah berbelas tahun menjadi lawan acara lompat tinggi. Namun, peristiwa tahun 2017 mengubah mereka menjadi kawan baik.
Dalam pertandingan terakhirnya sebelum Olimpik Rio, pada pertemuan Liga Berlian Monaco, Tamberi berada dalam prestasi terbaik dalam kerjayanya, melepasi 2.39m. Ketika itu, dia hampir pasti akan menyertai Barshim yang melepasi 2.40m ke Olimpik Rio 2016.
Tetapi, koyakan ligamen di pergelangan kaki kirinya, memusnahkan segala impiannya. Kecederaan itu sangat serius sehingga memerlukan pembedahan segera dan menghalangnya daripada bertanding di Sukan Olimpik.
Tahun 2017, Tamberi mahu buat kemunculan semula di Liga Berlian di Paris. Namun, dia tidak dapat menenangkan dirinya, mengurung diri dalam bilik hotel dan enggan bercakap dengan sesiapa. Dan, keesokan harinya, Mutaz Barshim datang mengetuk pintu biliknya.
Barshim enggan pergi sehinggalah dia dapat bercakap dengan Tamberi. Akhirnya Tamberi mengalah dan mereka berbual dari hati ke hati. Tamberi menangis dan Barshim menenangkan serta memberi semangat untuknya.
Tahun 2018, Barshim turut mengalami kecederaan ligamen dan Tamberi kembali untuk memberi dorongan kepadanya. Kedua-duanya saling menyokong, sehinggalah mereka menjadi pesaing dalam Olimpik Tokyo 2020.
Dalam perlawanan terakhir, kedua-duanya telah berjaya melakukan lompatan tinggi 2.37 meter. Mereka masing-masing cuba untuk menewaskan jarak itu dengan mencuba pada ketinggian 2.39 meter dan gagal pada percubaan pertama mereka.
Pengadil akhirnya berbincang mengenai hal lompatan ini dengan mereka berdua. Namun, ayat yang diucapkan oleh Barshim telah membuatkan Tamberi menangis.
“Boleh kami dapat dua emas?”
Dan Tamberi bersetuju dengan keputusan itu. Detik bersejarah ini diraikan oleh seluruh peminat sukan yang mengagumi semangat kesukanan dan persahabatan mereka berdua. Mereka sahabat lama, pesaing sesama sendiri dan sewajarnya mereka memiliki pingat emas itu.
Mereka saling mengetahui kekuatan dan kelemahan masing-masing, dan kerana itulah mereka berjaya mengharunginya bersama. Kata Tamberi, “Ia perkara hebat dapat berkongsi emas dengan kawan baik sendiri.”
Seperti yang disebut dalam buku Same As Ever, cerita terbaik sentiasa menang. Dan inilah antara cerita terbaik tentang semangat kesukanan dalam sejarah Olimpik.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source