“Takut tayar kotor, ada najis..”- Pengusaha bakeri mohon maaf tak benarkan OKU berkerusi roda masuk kedai
Pengusaha bakeri mohon maaf selepas tular dakwaan menghalau seorang individu orang kurang upaya (OKU) dari premis perniagaan kerana menggunakan kerusi roda.
Wanita yang hanya ingin dikenali Syu, 44, menyatakan kekesalan dan mengakui kesilapan daripada pihaknya ketika kejadian berlaku.
Pengusaha bakeri mohon maaf
Menurut pengusaha kedai roti terletak di Cheras, Kuala Lumpur, dia akui premisnya tidak membenarkan pelanggan memakai selipar termasuklah stroller bayi dan kerusi roda.
Jelasnya, arahan tersebut dikeluarkan selepas satu insiden berlaku di mana ada najis terlekat pada kerusi roda dan stroller ketika memasuki premisnya.
“Saya adalah pengusaha Syu Bakers merendah diri meminta seribu kemaafan atas perkara yang berlaku berkenaan isu kerusi roda OKU tidak dibenarkan masuk ke dalam premis saya dan staf saya menegur perkara itu kepada pelanggan,”katanya.
Artikel lain: “Kami cuma ikut trend..” – Staf restoran mohon maaf, tiada niat persenda OKU
Tak kejam kerana..
Syu berkata, dia bukanlah bersifat kejam terhadap golongan tersebut memadangkan bapanya juga seorang OKU dan ibu menggunakan kerusi roda.
Dalam pada itu, dia yang baru mengoperasikan kedai tersebut selama setahun lebih memaklumkan menerima segala teguran diberikan dan akan menambah baik perkhidmatannya untuk mengelakkan insiden sedemikian berulang.
“Saya manusia tidak lari melakukan kesilapan. Maafkan segala kekhilafan saya kepada pelanggan yang hadir berkerusi roda dan staff saya arahkan keluar itu.
“Terima kasih kepada semua yang menegur dan InshaAllah saya akan lakukan yang terbaik akan datang untuk anda semua.
“Maafkan saya. Saya juga insan biasa yang mencari rezeki,”tulisnya di Facebook, semalam.
Sumber: FB Syu Bakers
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source