Itinerary 2 Hari 1 Malam di Terengganu, Empat Tempat Ini Wajib Singgah!
Dabong, Kelantan antara tarikan terkini yang menjadi tumpuan pengembara dari dalam dan juga luar negara. Keindahan alam yang masih banyak belum diteroka dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh diikuti membuatkan ramai yang teruja untuk datang ke sini.
Busa Syafiqqah Shawal sudah tiga kali membuat trip ke Dabong dari Mentakab menaiki Sleeper Train. Berkongsi di Group Backpackers Buddies Malaysia, gadis ini menyatakan trip ke Dabong mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga membuatkan dirinya begitu teruja setiap kali berkesempatan datang ke Dabong.
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dibuat setiap kali ke Dabong, antaranya caving, water rafting, hiking, zipline dan banyak lagi. Yang pasti semuanya melibatkan nature dan yang menjadi kegemaran gadis yang mesra disapa dengan nama Busa ini adalah bermain ATV.
Kos yang tidak terlalu mahal dan juga keindahan alam semulajadi yang terdapat di sini antara faktor yang membuatkan Busa dan rakan-rakan traveler memilih Dabong sebagai lokasi percutian mereka.
Nak tahu apa lagi yang best yang sempat Busa dan rakan-rakannya sempat explore di Dabong, jom ikuti perkongsiannya!
EXPLORE DABONG IN 24 HOURS
Halo korang! Ah ye, sekali lagi saya jadi duta tak berbayar Dabong. Asyik cerita pasal Dabong je kan? Nak buat camne, tempat best mestilah kita repeat. Ni pun ada lagi member suruh buat trip lagi ke Dabong tau Leklu, kumpul duit dulu. Kita takde ayah gula nak suruh sponsor trip so kena menabung baru boleh travel.
So, kalini Busa buat trip 24 jam di Dabong. Bermalam dekat sleeper train je. Padat, tapi trust me sangat best! Trip kalini paling ramai Busa bawak sebab adik beradik pun nak follow sekali. And trip kalini memang rezeki baik lah, even cuaca tak berapa ngam tapi semua yang Busa plan nak buat Busa dapat buat. Alhamdulillah. Takde lah balik dengan perasaan hampa kan
E X P E N S E S
TRANSPORTATION
Guide (untuk satu hari bermula dari sampai stesen ktm sampai nak balik) : RM 20 per pax
Kereta Api Mentakab-Dabong-Mentakab: RM 56
(Busa pkai promo code so dapat harga murah. Harga asal RM 37 sehala untuk lower berth tapi Busa dapat diskaun so harga utk katil bawah sehala jadi RM 28 je. Jimat banyak kan? So korang rajin rajinkan diri check FB dorang sebab KTMB akan update any promotion dekat platform Facebook mereka jugak)
Total: RM 76 per pax
TRANSIT ROOM
An Nur Guesthouse
(Dia macam homestay and dia kira harga ikut bilik. Satu bilik RM 50 and boleh muat 2-3 orang. Busa stay sini kejap lepas buat aktiviti sebab nak cari tempat rehat and bersihkan diri sementara tunggu train balik jam 11:30malam. Bilik sini okay, siap ada tandas dalam bilik and provide tuala sekali.)
: RM 25 per pax
Total: RM 25 per pax
ACTIVITIES
Caving: RM 150 per group (max 7 orang per guide)
Entrance Fee Gua Ikan: RM 2 per pax
Water Tubing: RM 60 per pax
ATV ride (RM 60 sejam untuk satu ATV and ATV tu boleh naik dua orang) : RM 30 per pax
Total: RM 113 per pax
MEALS
Ni subjektif, bergantung pada bajet korang jadi Busa tak masukkan dalam kiraan bajet.Tapi makanan kat Dabong tak mahal pun so untuk dua hari tu RM 50 pun cukup sebenarnya untuk bajet makan. Below RM 10 pun boleh dapat untuk complete meals sekali dengan air. Kalau mi udang harga RM 15 semangkuk tapi puas hati tau siap free teh o ais lagi. Busa macam biasa lah, makan mi udang kedai Kak Na
TOTAL TRIP EXPENSES: RM 214 per pax
ITINERARY
DAY 1
- Stesen KTM Mentakab (naik train jam 4:20 pagi)
- Stesen KTM Dabong (tiba dalam jam 9:40 pagi)
- Sarapan beli dekat Stesen KTM Gua Musang (murah and sedap!)
- Kompleks Gua Ikan (caving)
Gua Gelap
Gua Pagar
Gua Keris
Lunch dekat Kak Na Mi Udang Kg Stong
- Jelawang Pipe Resort
- Water Tubing (2 jam)
- ATV Ride
- Mandi sungai
Dinner dekat Adam Cafe
Transit An Nur Guesthouse
- Stesen KTM Dabong (naik train jam 11:30 pm)
- Stesen KTM Mentakab (tiba jam 5:15 am)
TIPS AND TRICK!
Busa dah pernah buat travelogue ke Dabong bulan lepas jadi untuk kali ni Busa akan bagi tambahan tips untuk anda yang nak berkunjung ke Dabong. Tapi basically, itinerary lebih kurang sama je, yang beza is sebab Busa buat trip kalini dalam masa 24 jam means tak bermalam di Dabong.
Korang boleh jugak refer travelogue Train To Dabong yang Busa tulis sebelum ni untuk info tambahan. Untuk yang nak baca travelogue Train To Dabong yang Busa tulis sebelum ni boleh search Facebook Page: Travelogue Budget By Busa
Jelawang Pipe Resort (Water Tubing)
- Busa amik pakej water tubing dengan Jelawang Pipe Resort. So, kena berkumpul dekat resort ni and nanti staff deme bawak kita ke tempat tubing. Awal awal Busa dah cop fav guide Busa, Shafiq Shazwan and Nik Ali Nik Muhamad Dengan dorang best, tak kekok sangat. Nik tu jela kunun kekok nak briefing dengan kita . Tak sempat nak amik gambar sebab rushing untuk main ATV pulak. Takpe, next time kita amik gambar dengan guide guide Dabong ni eh
Tapi, ni last lah busa main water tubing. Takde bakat betul main benda ni, beria kayuh tak gerak gerak pun. Mujur ada orang carry sepanjang main kt sungai tu. Kalau tak memang Busa stuck dekat starting point lah kut. Pasni datang Dabong try water rafting pulak lah.
An Nur Guesthouse
- Kitaorang transit kejap dekat sini sementara nak tunggu train malam. Guesthouse ni dekat je dari stesen KTM Dabong, boleh jalan kaki dalam 10 minit. Harga dah lah murah, fasiliti lengkap pulak tu. Bayangkan korang bayar RM 50 untuk satu malam pastu dapat bilik selesa, siap tandas dalam bilik then boleh muat 2-3 orang. Jimat teruk!
Caving 3 Gua
- Busa dah pernah cerita pasal aktiviti caving ni dekat travelogue sebelum ni. Untuk caving, korang akan menerokai 3 gua which is Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar. Part paling best is Gua Gelap lah sebab ada satu lubang kecik yang korang kena lepasi sebelum ke check point seterusnya. Lubang tu sempit and korang kena baring kat lantai gua untuk melepasi lubang tu. Masa ni baru menyesal tak diet hahaha. Bawak headlamp and disarankan guna beg waterproof kalau nak caving. Rezeki kami haritu caving dapat jumpa Godlight
Busa amik caving dengan owner Naura Bistro tu, Encik Rizal. Lemah lembut je dia guide and explain pasal gua dekat kitaorang. Nak deal untuk transportation pun boleh je dengan dia.
Contact no: 013-9546863 (Encik Rizal)
ATV Ride
- Ni korang WAJIB ye try kalau datang Dabong! Serious best gila and enjoy sangat. Track dia best lagi lagi bila main dalam hujan memang mencabar habis. Brader yang assist kitaorang memang sempoi habis siap tolong ambilkan gambar and video. Yang paling best, kitaorang punya rezeki dapat main dua track, satu track bukit and satu lagi track selut tu. Punya lah sporting brader brader ATV ni. Ni lah punca asyik nak repeat Dabong je, orang di baik baik! Taknak cerita banyak, datang Dabong wajib main ATV dekat belakang RNR Jelawang tau!
Guide
- Sini dorang panggil guide tu as “Pengasuh”. Pengasuh kitaorang nama Abe Nasir. Abe Nasir ni senang nak deal, kalau datang Dabong korang boleh roger dia tau. Abe Nasir ni memang Busa dah biasa deal servis dia kalau datang Dabong. Terima kasih Cik Nasir bagi Busa tshirt Dabong free
Ni contact number beliau, boleh whatsapp.
013-9328327 (Encik Nasir).
Stesen KTM Gua Musang
Untuk yang naik kereta api dari arah selatan (laluan bermula dari stesen Kempas Baru menuju ke Dabong), korang akan lalu dekat Stesen KTM Gua Musang dalam jam 7:45 pagi. Kereta api akan berhenti dalam lingkungan masa 10-15 minit dekat stesen ni. Yang istimewa stesen ni, korang boleh snap gambar iconic kepala train dengan background view yang super cantik.
Extra info, kalau lapar boleh singgah beli nasi berlauk untuk sarapan dekat stesen ni. Sebungkus RM 3.50 je. Murah and sedap tau! Boleh beli dan makan dalam kafe kereta api.
Sleeper Train
- Busa suggest ambik katil bawah kalau nak naik Ekspress Rakyat Timuran (ERT) ni. Sebab katil bawah lagi besar and selesa. Makanan dalam kafe train sedikit mahal tapi untuk yang nak merasa makan dalam train sambil layan view, why not? Kalau nak book katil, sila book awal dalam apps KTMB sebab selalu katil ni laju je sold out. Harga katil bawah, katil atas and kerusi berbeza ya. Nak murah ambik kerusi lah. Paling mahal katil bawah. Ada bantal and selimut nipis dalam katil.
Staff KTMB sangat ramah, masa nak balik tu sempat lah borak dalam train dengan staff dia. Terima kasih KTM Berhad , pengalaman Busa naik kereta api sangat best and priceless! Good hospitality!
For those dari KL, korang boleh naik ETS dekat KL Sentral and stop dekat Stesen Gemas. Dari situ, korang boleh naik sleeper train untuk ke Dabong. Bagi yang memilih untuk drive, anda boleh drive dan park kereta anda di stesen Gemas. InshaAllah selamat.
As for final conclusion, Dabong ni memang tourist attraction baru yang wajar diviralkan sebab cantik and worth every penny! Tempat dia best, orang dia ramah and baik baik pastu makanan semua murah murah. Sebab best, Busa repeat lagi tau! Next time nak repeat Dabong lagi untuk hike Kem Baha, buat Via Ferrata and main ATV lagi! Korang pulak bila? Jom lah naik kereta api!
Credit to all my travel partner
Kredit: Busa Syafiqqah Shawal
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source