Mayat kanak2 ditemui di lokasi berpaya, keluarga pelik boleh ada di ‘kawasan larangan’
Mayat kanak2 ditemui di kawasan berpaya disahkan sebagai Nuraina Humaira Rosli, 10 yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu.
Memetik laporan dari Malaysia Gazette, mayat kanak-kanak tersebut ditemui di kawasan berpaya oleh orang awam sekitar jam 4 petang semalam dalam keadaan terbaring selepas dinyatakan hilang di di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput.
Mayat kanak2 ditemui sah Nuraina Humaira Rosli
Bapa mangsa, Rosli Mahadi, 48 memaklumkan lokasi penemuan mayat anaknya itu merupakan ‘kawasan larangan’ bagi penduduk kampung memandangkan didiami haiwan berbisa terutamanya ular.
Tambahnya, anak sulungnya itu merupakan anak yang sangat taat kepada orang tua dan akan memaklumkan jika ingin ke mana-mana.
“Semasa dimaklumkan anak hilang, saya dan penduduk kampung membuat pencarian di belakang rumah dan keliling kampung, tetapi tidaklah sampai ke kawasan berpaya itu kerana orang kampung tidak pernah ke sana.
“Kawasan tersebut memang jarang dilalui. Nak bercucuk tanam pun tidak sesuai sebab ada paya, memang jaranglah orang sampai ke kawasan itu.
“Penduduk kampung memang tidak akan di situ dan saya pasti, anak saya tidak akan ke sana seorang diri,” katanya.
Artikel lain: Nidza Afham diklasifikasi mati mengejut, tiada unsur jenayah & kecederaan fizikal
Mayat kanak2 ditemui ditemui di ‘kawasan larangan’
Dia yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Siput bersama isteri serta beberapa lagi ahli keluarga menyatakan bahawa allahyarham merupakan seorang yang cukup pemalu dan manja terutama dengannya.
“Arwah seorang yang pemalu dan kuat merajuk. Sebagai, ayah saya selalu pujuk balik. Dia juga suka bermain dan bermanja-manja dengan saya.
“Masa saya balik kerja, selalu dia akan minta telefon bimbit saya untuk menonton kartun di YouTube. Tetapi pada hari Jumaat itu, saya tidak sempat bertemu dengannya kerana saya pergi kerja dahulu dan ibunya menghantarnya ke sekolah.
“Bila saya balik petang Jumaat itu, dia sudah pun tiada (hilang),“ ujarnya lagi.
Terdahulu, seorang kanak-kanak Orang Asli dilaporkan hilang pada Jumaat ditemukan maut dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya dekat perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Mayat Nuraina Humaira yang merupakan pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu telah dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada hari Sabtu di kawasan tersebut.
Difahamkan, mayat mangsa ditemukan antara 50 hingga 100 meter dari rumah terakhir di perkampungan terbabi.
Sumber: Malaysia Gazette (Rosdalilah Zahari)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source