Nuraina Humaira mungkin dirog*l, polis tahan remaja 17 tahun bantu siasatan
Kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira mungkin dirogol sebelum dibunuh apabila terdapat kesan koyakan di kemaluan mangsa selepas proses bedah siasat dilakukan.
Ada kesan kecederaan tekanan pada leher mangsa juga
Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin turut memaklumkan yang terdapat kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa dan pihak berkuasa mengklarifikasikan sebagai mati mengejut.
Remaja 17 tahun bantu siasatan kes Nuraina Humaira
Dalam pada itu, seorang remaja berusia 17 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes ini apabila disyaki terlibat dalam kes kematian Nuraina Humaira, 10 di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi permohonan reman.
“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek mendapati dia tiada rekod kesalahan lampau,”
“Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Siput untuk permohonan reman, bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.
Artikel lain: Mayat kanak2 ditemui di lokasi berpaya, keluarga pelik boleh ada di ‘kawasan larangan’
Beberapa individu lain turut dipanggil bantu siasat kes Nuraina Humaira
Dalam pada itu, beberapa penduduk kampung juga telah dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes terbabit.
Terdahulu, mayat Nurainia Humaira telah ditemui di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu dalam keadaan terbaring selepas dilaporkan hilang pada Jumaat lalu.
Mangsa yang juga merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) cacat pendengaran dan lembam dilihat kali terakhir sewaktu berada di Surau Madrasah Darulsalam, Kampung Bersah kira-kira kurang dari 100 meter dari rumahnya.
Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source