Biar betul! Syamsul Yusof dipercayai failkan penceraian pada Ira Kaza hari ini?
Pengarah terkenal, Syamsul Yusof dipercayai failkan penceraian pada Ira Kaza hari ini apabila ada dakwaan mengatakan hal tersebut telah dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Memetik laporan dari Berita Harian, ada sumber mengatakan bahawa tindakan itu dibuat susulan tiada lagi persefahaman antara mereka selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka,” katanya.
Syamsul Yusof dipercayai failkan penceraian, didakwa sudah tiada persefahaman dengan isteri
Sebelum ini, ada spekulasi mengatakan bahawa rumah tangga Syamsul dan Ira mengalami masalah sekitar Oktober tahun lalu.
Namun, hal tersebut berlalu begitu sahaja susulan tidak ada sebarang kenyataan daripada kedua-dua belah pihak.
Artikel lain: Lebih setahun menyepi di IG, Ira Kazar kongsi foto baru dengan kuda
Syamsul Yusof dipercayai failkan penceraian, Ira Kazar kongsi gambar dengan kuda
Terdahulu, Ira telah berkongsi satu posting di Instagram miliknya selepas hampir setahun mendiamkan diri selepas bergelar isteri kepada Syamsul.
Dia telah memuat naik gambar sedang menunggang kuda dengan memperkenalkan nama-nama haiwan berkenaan.
Sekadar info, Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh pengarah berkenaan di ruangan Instagram apabila memuat naik satu hantaran di platform berkenaan pada Januari tahun lalu.
Sumber: Berita Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source