Uqasha Senrose bukan artis wanita yang pukul PA -“Saya duduk rumah jaga anak je”
Pelakon terkenal, Uqasha Senrose bukan artis wanita yang pukul PA seperti didakwa sesetengah pihak apabila menyatakan dirinya hanya duduk di rumah sahaja menjaga anak.
Uqasha Senrose bukan artis yang pukul pembantu peribadi
Memetik laporan dari Mstar, Uqasha menyatakan hal tersebut dalam satu siaran langsung di media sosial apabila ada netizen mendakwa dia merupakan selebriti wanita yang memukul pembantu peribadinya.
Pemilik nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32 menafikan dakwaan tersebut dan mengakui tidak akan tergamak melakukan tindakan seperti itu.
“‘Debik’ (pukul) PA (pukul pembantu peribadi)? Biar betul? Aku di rumah dengan anak sahaja.
“Ingat aku gengster sangat nak ‘debik’.
“Aku dengan anak 24 jam nak pergi ‘debik’ orang dah kenapa,” katanya.
Uqasha Senrose bukan artis yang ‘debik’ PA, netizen salah ‘petik’
Hal ini susulan satu laporan berita yang menyatakan bahawa seorang pembantu peribadi pelakon wanita terkenal dipercayai ditahan pihak berkuasa susulan dakwaan mencuri barang kemas majikannya.
Barang-barang berkenaan turut ditemui di kediaman suspek selepas disiasat oleh pihak berkuasa.
Artikel lain: Pembantu peribadi aktres popular ditahan polis, didakwa curi barangan kemas
Dalam pada waktu yang sama, pembantu peribadi artis tersebut telah membuat laporan polis mengatakan dirinya telah dipukul oleh pelakon berkenaan susulan cuba mencampuri urusan rumah tangga majikannya yang dikatakan sedang mengalami masalah.
Disebabkan beberapa hint, netizen telah ‘memetik’ nama Uqasha Senrose di ruangan komen berita-berita perihal isu tersebut.
Sekadar info, Uqasha Senrose baru sahaja menimang cahaya mata pertama bersama suami, Kamal Adli kira-kira lima bulan yang lepas.
Sumber: Mstar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source