“Jangan seronok tengok orang bercerai-berai..”
Penyanyi Datuk Nora Ariffin tegur dan menitipkan nasihat kepada orang ramai agar jangan bergembira atas kesengsaraan orang lain.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin di Insta-story, dia menyelar sikap segelintir netizen yang menjadikan penceraian sebagai bahan guruan di media sosial kerana setiap individu akan berdepan pelbagai ujian dalam perkahwinan.
Nora Ariffin tegur
“Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai-berai sebab kita pun tak tahu hal sebenar.
“Kita pun tak tahu perancangan Allah SWT dan nasib kita pada kemudian hari,” katanya.
Artikel lain: Nora Ariffin tak mahu panjangkan isu cerai, cukup orang tahu status perkahwinan
Pada 12 Ogos lalu, Nora telah diceraikan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli dengan talak satu menerusi sebuah rakaman video berdurasi 52 saat.
Penyanyi yang berusia 51 tahun itu turut meminta agar orang ramai untuk tidak mempersalahkan tindakan bekas suaminya itu kerana Dr Rushdi hanya mengikur arahan seseorang.
Nora Ariffin tegur
Sejak semalam juga, tular di media sosial pengarah popular, Syamsul Yusof memfailkan cerai terhadap isternya, Ira Kazar atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin.
Difahamkan, Syamsul memfailkan perceraian terhadap Ira berikutan tidak ada lagi persefahaman antara mereka.
Sumber: Instagram @Nora Ariffin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source