Yusof Haslam tak tahu menahu, isteri bersyukur jika Syamsul fail cerai
Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam tak tahu menahu tentang berita anaknya, Syamsul Yusof menfailkan penceraian terhadap isteri, Ira Kazar hari ini.
Memetik laporan dari Harian Metro, datuk Yusof mengatakan yang dia tidak tahu hal tersebut memandangkan sudah terputus hubungan dengan anaknya sejak bertahun lalu.
Yusof Haslam tak tahu menahu, tak dapat beri komen
Beliau juga enggan mengulas lebih lanjut perihal berita yang baru didengarnya dan begitu juga isteri apabila tidak lagi bertemu dengan Syamsul sejak dia bernikah dengan Ira Kazar.
“Maaf, saya tidak tahu menahu sebab kami sudah putus hubungan (dengan Syamsul) sudah bertahun, begitu juga Datin (isteri). No komen (tiada komen),” katanya.
Yusof Haslam tak tahu menahu, isteri bersyukur jika betul
Dalam pada itu, isterinya, Datin Patimah Ismail menyatakan sangat bersyukur jika Syamsul Yusof benar sudah menfailkan penceraian terhadap Ira Kazar.
Beliau turut berharap supaya suatu hari nanti, anak tersayang dapat kembali ke pangkal jalan serta bersama keluarganya semula.
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,”
“Jika benar berita ini, saya amat bersyukur. Semoga Syamsul kembali ke jalan yang benar,” katanya.
Artikel lain: Perkongsian ibu Syamsul Yusof curi perhatian -“Saya yang melahirkan kamu…”
Maafkan keluarga Kazar
Walau bagaimanapun, Datin Patimah menjelaskan yang dia sudahpun memaafkan keluarga Ira Kazar diatas apa yang berlaku sebelum ini.
Namun, semuanya sudah terlambat kerana rumah tangga Syamsul sudahpun runtuh bersama Puteri Sarah Liyana susulan kontroversi yang mengheret nama Ira beberapa tahun lalu.
“Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa,” katanya.
Sekadar info, Syamsul dan Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Namun begitu, belum sampai dua tahun usia perkahwinan, peguam Syarie kepada Syamsul, Azmi Mohd Rais mengesahkan bahawa anak guamnya telah menfailkan penceraian terhadap isteri di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.
Perkara tersebut pastinya mengejutkan ramai selepas Ira Kazar buat pertama kali selepas setahun memuat naik perkongsian di media sosial miliknya.
Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source