Bukan berita gembira,Yusof Haslam & isteri sedih anak bercerai dengan Ira Kazar
Pengarah yang juga bapa kepada pelakon Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam akui terkejut dan sedih anak bercerai dengan Ira Kazar.
Yusof Haslam berkata, berita penceraian anaknya itu bukan suatu khabar yang menggembirakannya dan keluarga.
Meskipun anaknya sudah lama tidak pulang ke rumah, namun sebagai ibu bapa, dia dan isteri tetap mendoakan yang terbaik.
“Saya cakap terus terang, ada orang kata kami anggap ia berita gembira, tapi sebenarnya tidak. Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah.
“Jadi, jangan salah faham. Saya tidak tahu dan sudah lama tidak berhubung dengan dia, begitu juga dengan emak dia.
“Memang saya terkejut, tapi apa juga yang terjadi, saya doakan yang terbaik untuk semua pihak.
“Jangan kata saya tepuk tangan. Demi Allah tiada niat dan saya pun tak tahu perkara ini berlaku.
“Biarlah masa dan keadaan yang menentukan apa yang akan berlaku,” katanya.
Malah, isterinya juga sudah lama reda dengan apa yang berlaku dan hanya senyap sahaja sebaik sahaja menerima berita perceraian anaknya.
Sedih anak bercerai dengan Ira Kazar
Sementara itu, Yusof memaklumkan dia tidak menyimpan harapan agar Puteri Sarah Liyana kembali bergelar isteri kepada Syamsul.
Jelasnya, masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri dan biarlah semuanya ditentukan oleh-Nya.
Yusof Haslam berkata, sebagai bapa dia hanya mendoakan yang terbaik buat pengarah filem Munafik dan Ira Kazar, selain akui terasa apabila jauh daripada keluarga.
“Saya ada berjumpa dengan Puteri Sarah, dia singgah ke rumah semalam. Kami ada sembang-sembang, itu sahaja.
“Saya pun tiada suruh Puteri Sarah balik kepada Syamsul, itu bukan urusan kita. Yang menentukan kehidupan mereka adalah mereka. Biar mereka buat keputusan.
“Dia pun terperanjat dan mendoakan yang terbaik. Tapi, saya harap daripada apa yang berlaku, sama-sama diperbaiki. Kami juga sebagai orang tua tidak sempurna,” katanya lagi.
Artikel lain: Perkongsian ibu Syamsul Yusof curi perhatian -“Saya yang melahirkan kamu…”
Semalam, Syamsul Yusof dilaporkan memfailakan cerai terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Peguam Syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mengesahkan anak guamnya itu memfailkan cerai terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, jam 2 petang semalam.
Perceraian itu dikatakan berlaku disebabkan tiada kesefahaman untuk terus hidup sebagai suami isteri lagi.
Sekadar info, Syamsul dan Ira atau nama sebenar, Faghirah Fatini Kazaruddin yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi, bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.
Sumber: BH Online (Fatin Farhana Ariffin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source