Penyelamat Di Jambatan Yangtze Selama 21 Tahun!
Sehingga tahun 2024, dia telah menyelamatkan 469 orang yang mahu terjun dari Jambatan Yangtze! Dan selama 21 tahun ini jugalah dia telah dianggap seumpama “Malaikat Bandar Nanjing.”
Ini adalah kisah seorang lelaki biasa yang memilih untuk menjadi penyelamat di sebuah jambatan di bandar Nanjing. Chen Si, seorang sukarelawan yang bertugas menghalang cubaan bunuh diri dalam kalangan penduduk di Jambatan Yangtze, Nanjing, wilayah Jiangsu.
Ceritanya bermula pada tahun 2000, apabila Chen melihat seorang gadis yang berkeliaran di atas jambatan itu. Gadis itu kelihatan terdesak dan Chen cuba untuk berbual dengannya kerana risau melihat keadaannya.
Gadis itu tiada wang dan Chen telah membelikan air, makanan serta tiket untuk dia pulang dengan selamat. Itulah pertama kalinya Chen melihat seseorang yang berfikiran untuk membunuh diri dengan terjun dari jambatan.
Menurut Chen, “Saya sedar bahawa orang-orang ini boleh diselamatkan.” Dan, sejak September 2003, Chen telah menyelamatkan ratusan orang yang mahu terjun dari jambatan dan menamatkan riwayat mereka di situ.
Setiap hari, dengan memakai pakaian seragam sukarelawan berwarna merah dengan tulisan “hargai kehidupan setiap hari” dalam bahasa Cina, Chen membuat rondaan di jambatan itu 10 kali sehari dan telah melakukannya selama lebih dua dekad.
Biasanya, Chen berbual dengan orang di situ dan merayau di atas jambatan, memerhati jika ada yang mahu melakukan cubaan bunuh diri. Dia menarik mereka dari tepi jambatan dan membantu menyelamatkan mereka yang telah terjun ke dalam sungai.
Chen ini bekerja dengan sebuah syarikat logistik di Nanjing. Tapi, dia bukan setakat menyelamatkan orang yang cuba bunuh diri, malah menyediakan tempat penginapan buat mereka ini.
Dengan gaji bulanan 3,000 yuan ($481), dia telah membelanjakan lebih 130,000 yuan untuk penginapan bagi mereka yang dia selamatkan. Dia menyewa sebuah rumah dua bilik di mana setiap mangsa yang terselamat dijemput untuk tinggal selepas percubaan membunuh diri, dan mereka menerima kaunseling psikologi percuma daripada Chen dan sukarelawan universitinya.
Chen menyimpan diari dalam talian yang mencatatkan pertemuannya dengan orang yang terdesak di jambatan itu. Sebab cubaan membunuh diri berbeza-beza. Ada yang berpisah dengan kekasih mereka, ada juga yang berjudi dengan wang simpanan mereka. Dan ada orang yang perniagaannya gagal.
Kata Chen, menyelamatkan mereka dari jambatan hanyalah satu langkah kecil. Dia hanya boleh menyelamatkan nyawa mereka, tapi tidak mampu untuk menyelesaikan masalah mereka.
Kegembiraan terbesarnya ialah menerima berita baik daripada orang yang telah diselamatkannya. Harapan Chen agar bukan hanya sukarelawan yang bertindak tapi kerajaan tempatan dan rakyat bekerjasama turut membantu mereka dalam kes cubaan bunuh diri ini.
Kisah Chen ini sama seperti yang dibahaskan dalam buku Same As Ever, iaitu tentang kisah perkara kecil tapi menakjubkan. Ya, seperti Chen Si yang memulakan usaha kecilnya menyelamatkan orang, tapi hasilnya mampu mengubah seluruh hidup orang itu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source