Jejueo: ‘Bahasa’ Istimewa Orang Jeju
Dialek istimewa Jeju ini telah dimasukkan oleh UNESCO dalam Atlas of World’s Endangered Languages pada tahun 2011. Bahagian Dasar Kebudayaan Jeju pula sedang berjuang keras untuk mengekalkan bahasa mereka dan telah mengadakan Peraduan Bahasa Jeju setiap tahun.
Kenapa bahasa Jeju ini begitu istimewa? Kita telusuri dulu sejarah Pulau Jeju ini.
Pada era purba, Pulau Jeju ini adalah sebuah kerajaan separa merdeka dikenali sebagai Tamna (탐라), yang memberi ufti kepada kerajaan Baekje. Menjelang pertengahan abad ke-10, Tamna telah berada di bawah kawalan Dinasti Goryeo.
Tamna disatukan dengan Goryeo pada 1105, dan dinamakan semula sebagai ‘wilayah seberang laut’ Jeju, dan kemudiannya dimasukkan dalam Dinasti Joseon selepas kejatuhan Goryeo. Sebenarnya, dari tahun 1600-an hingga 1900-an penduduk pulau Jeju dilarang memasuki tanah besar Korea, menjadikan mereka dan bahasa mereka lebih terpencil.
Pada ketika inilah, Jejueo mula menyimpang daripada bahasa Korea standard dan menunjukkan bahawa penduduk Pulau Jeju dan tanah besar Korea tidak dapat memahami antara satu sama lain.
Pada hari ini, penduduk asal yang menuturkan dialek Jeju ini semakin berkurangan. Sekarang, masih terdapat kira-kira 5,000 hingga 10,000 penutur Jejueo yang fasih tetapi kesemuanya dilahirkan sebelum tahun 1950.
Disebabkan itulah ia diklasifikasikan sebagai bahasa terancam oleh UNESCO yang mana kepupusannya dijangka berlaku dalam masa kurang 50 tahun. Jejueo boleh dianggap sebagai bahasa yang berasingan kerana ia tidak dapat difahami oleh orang dari luar Jeju.
Jika di tanah besar Korea, ada juga dialek berbeza bagi setiap wilayahnya, dan ia masih boleh difahami oleh penutur dari wilayah berbeza ini. Namun, bagi jejueo, ia agak sukar difahami oleh orang luar.
Uniknya jejueo ini tiada kata hormat (honorific) dan formaliti seperti bahasa Korea standard. Kita ambil contoh ‘annyeonghaseyo’ (yo sebagai honorific) dalam bahasa Korea standard, namun dalam jejueo, ia hanya disebut ‘ban-gapsuda.’
Selain itu, jejueo juga banyak kekalkan perkataan yang sudah dianggap kuno. Malah, mempunyai banyak perkataan pinjaman daripada bahasa asing seperti ‘songki‘ (송키), iaitu sayur, serta ‘oreum‘ (오름), bermaksud gunung atau bukit, yang berasal daripada perkataan Manchu.
Perbezaan ketara jejueo dengan bahasa Korea standard adalah dari segi tatabahasa dan kosa kata mereka. Ia mengekalkan banyak ciri dari zaman Pertengahan Korea yang telah hilang dalam bahasa Korea moden.
Penduduk yang agak tua di Jeju menganggap bahasa sebagai cara untuk menjalinkan hubungan erat dengan penduduk lain di pulau itu. Walau bagaimanapun, bilangan penutur asli semakin berkurangan dan hanya ada sedikit penutur yang fasih atau pun pengguna bahasa itu dalam kalangan generasi muda. UNESCO melaporkan bahawa kebanyakan penutur yang fasih sudah mencapai usia 70-an.
Namun, Bahagian Dasar Kebudayaan Wilayah Jeju melakukan segala yang mereka mampu untuk mengekalkan bahasa itu. Usaha pemeliharaan lain dilakukan oleh organisasi awam dan swasta seperti Perbadanan Pemeliharaan Jejueo, Festival Kebudayaan Tamna yang mengendalikan pertandingan tahunan Bahasa Jeju, pembangunan aplikasi telefon pintar dan program pembelajaran bahasa selepas sekolah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source