Leona idolakan ibu, mahu jadi suri rumah sepenuh masa
Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona idolakan ibu dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Melihat kepada pengorbanan yang ditunjukkan oleh ibunya, Chempaka Emalin Pahamin, Leona berkata dia juga bakal memberi sepenuh fokus kepada rumah tangga kelak.
Leona berkata demikian menerusi satu sesi temu bual di podcast Usanita, baru-baru ini.
Leona idolakan ibu
Katanya lagi, dia juga mungkin akan meninggalkan dunia populariti sebagai seorang pempengaruh media sosial kerana mahu memberi fokus pada rumah tangga.
“Saya hanya nak menjadi seorang ibu. Mungkin tidak lagi seorang ‘influencer’. Saya nak jadi ibu seperti ibu saya,”katanya.
Menurut anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman, dia ingin menjadi seorang ibu yang sentiasa ada buat anaknya.
“Bila pergi keluar, bapa saya selalu sibuk dengan penggambaran tetapi ibu saya selalu ada.
“Bukan bapa saya tak ada, tapi dia terpaksa bekerja. Saya sangat mengidolakan ibu saya dalam hal tersebut,”jelas Leona.
Ibu bapa tahu nak kahwin tapi calon pula tak ada
Maklum Leona, dia juga telah menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga sebaik sahaja tamat pengajian di universiti kepada ibu bapanya.
Bagaimanapun, dia masih belum mempunyai calon untuk merealisasikan impian berkenaan.
@usanita.hq wow leona. #unwrapped #kisahdisebalikspotlight #usanita2024
Artikel lain: Leona nak kahwin tahun depan, suka lelaki gigi teratur tak boleh berterabur
Terdahulu, pempengaruh berusia 22 tahun itu berkongsi kriteria teman hidupnya selain tidak menafikan agak sukar untuk bertemu lelaki yang menepati cita rasanya.
Paling penting kata Leona, rupa bukanlah kriteria utama sebaliknya dia lebih memandang kepada personaliti yang ada dalam diri seseorang lelaki.
Sumber: TikTok @usanita.hq
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source