Isteri pertahan Remy Ishak, pakai cincin hidung bukan sebab sendu!
Isteri kepada pelakon terkenal, Remy Ishak iaitu Ezza tampil mempertahankan suaminya selepas dikecam teruk oleh netizen gara-gara memakai cincin hidung, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof, tolak dakwaan seorang individu yang menuduh suaminya bertindak sedemikian disebabkan namanya kian sendu dalam industri hiburan.
Isteri pertahan Remy Ishak
Artikel lain: Pakai cincin hidung, Remy Ishak cuba gaya baharu -“Lantaklah orang nak kecam..”
Bahkan, ibu kepada seorang cahaya mata itu meluahkan rasa syukur kerana rezeki keluarganya tidak pernah putus sejak kebelakangan ini.
“Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ini nak dapat cuti.
“Bezanya suami saya susah nak kongsi dalam media sosial. Semoga Allah permudahkan urusan adik ya,” katanya.
Dalam pada itu, Ezza menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap seseorang bahkan sempat berseloroh suaminya sudah memulangkan cincin hidung tersebut kepadanya.
Isteri pertahan Remy Ishak
“Cincin itu dia (Remy) sudah pulangkan kepada saya, tenang okey,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Remy raih perhatian ramai apabila tampil dengan gaya baharu memakai cincin hidung ketika menghadiri majlis tayangan perdana drama siri terbaharu ‘The Secret’.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak memberitahu penampilan baharu tersebut hanya sekadar suka-suka sahaja.
Sumber: Instagram @Ezza Yusof
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source