Tertarik dengan kehidupan, drama Cinta Si Wedding Planner ketuk hati Fu Ceen peluk agama Islam
Benar dan nyata! Drama Cinta Si Wedding Planner ketuk hati Fu Ceen Put Thai yang merupakan atlet taekwondo Terengganu untuk memeluk agama Islam pada Disember tahun lalu.
Fu Ceen atau nama Islamnya, Fathurrahman memberitahu dia tertarik dengan kehidupan dalam drama yang dibintangi pelakon Adi Putra dan Mira Filzah.
Ia sekali gus membuatkan dirinya membuat keputusan untuk mendalami Islam secara rasmi.
Drama Cinta Si Wedding Planner ketuk hati Fu Ceen
Fu Ceen yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, berkata dia bertindak untuk merahsiakan dirinya memeluk agama Islam daripada pengetahuan ahli keluarga bagi menunggu masa yang sesuai.
Katanya, tindakan tersebut dibuat kerana tidak mahu ibnya sedih dengan keputusannya memeluk agama Islam.
Atlet berusia 21 itu memberitahu, dia membuat keputusan untuk memberitahu ibunya selepas menang acara taekwondo kategori lelaki bawah 63 kilogram di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.
Biarpun baharu pertama kali beraksi di SUKMA, Fu Ceen berjaya menewaskan peserta Perlis, Muhammad Rafieqqie Danish Md Roshidi dengan 13-2.
“Bila ibu mengetahui saya memeluk Islam, sudah pastinya terkejut dan tidak mahu bercakap. Namun, saya bawanya pergi berjalan dan memujuknya secara perlahan-lahan supaya boleh terima.
“Saya memang merancang untuk melakukan sujud syukur jika memenangi emas dan itu mungkin masa bersesuaian memberitahu ibu.
“Ibu pada peringkat awal tidak boleh terima kerana mungkin terkilan bahawa dia mengetahui lambat berbanding individu lain,” katanya.
Artikel lain: Terima saudara baharu, penyerang import PDRM FC Bruno Suzuki peluk Islam
Ibu tetap jadi keutamaan
Pelajar Politeknik Metro Kuala Lumpur ini mendedahkan banyak perkara baik yang berlaku dalam kehidupannya sejak memeluk Islam.
Antaranya adalah memenangi pingat emas di SUKMA, terpilih ke kem pelapis negara dan banyak lagi kejayaan yang dikecapinya sejak kebelakangan ini.
Meskipun dia kini bergelar mualaf, Fu Ceen menegaskan dia tetap mengutamakan ibu seperti mana dinyatakan dalam Islam.
Sumber: BH Online (Syazwan Msar)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source