Anak mangsa tanah jerlus Masjid India menangis, jerit cari ibu -“Tolong selamatkan..”
Anak mangsa tanah jerlus Masjid India menangis selepas tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR)) ibunya, Vijayaletchumi, 48, tiba di lokasi.
Pemuda yang dikenali sebagai Surya, 26, baru tiba dari Thailand ke tempat kejadian kira-kira jam 9.20 malam sebaik sahaja menerima berita mengenai ibunya.
Anak mangsa tanah jerlus Masjid India menangis
Dia yang memakai kemeja putih itu kemudiannya ditenangkan oleh bapa, Mathayan berusia 40-an dan beberapa ahli keluarga lain.
“Ibu di mana kamu? Tolonglah cari,selamatkan ibu saya,”rayu anak sulung mangsa.
Artikel lain: “Isteri sempat jerit minta tolong selepas terjatuh sebelum senyap..” – Suami mangsa tanah jerlus Masjid India
Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa dipercayai dibawa oleh arus deras bawah tanah.
Katanya, operasi mencari dan menyelamatkan mangsa telah meliputi kawasan hujung bawah tanah dan ia memerlukan perancangan rapi kerana membabitkan infrastruktur awam
Perkembangan terkini, fokus pencarian mangsa ditumpukan pada kawasan saluran paip kumbahan bawah tanah di lokasi kejadian.
Menurut Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Nordin Pauzi, tumpuan akan diberikan usaha mencari dan menyelamat di saluran kumbahan berkenaan sebelum skop pencarian diperluas ke lokasi lain.
“Kita juga akan berhubung dengan pihak Indah Water Konsortorium (IWK) kerana saluran kumbahan ini adalah satu hala dan kita akan cuba kesan melalui perangkap-perangkap sedia ada yang berkemungkinan mangsa ada di situ.
“Pihak kami juga difahamkan saluran kumbahan ini berakhir di satu loji di Lembah Pantai dan kita akan meneliti kawasan itu juga untuk tindakan selanjutnya,” katanya
Menurut Nordin, khidmat Unit Skuba terpaksa digunakan walaupun air tidak dalam namun ia tetap mengundang risiko yang berkemungkinan terdapat sedikit kebocoran atau serpihan yang membolehkan air keluar daripada lubang.
“Jadi di tempat saluran yang pecah itu kita akan buat size-up (periksa) sekiranya anggota boleh masuk kemungkinan kita boleh buat pencarian dan menemui sesuatu,” katanya lagi.
Sekadar info, mangsa dan ahli keluarga datang melancong ke Malaysia dan dijangka pulang ke negara asal esok.
Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail), MalaysiaGazette (Kumara Sabapatty)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source