Buat Sendiri Soft Cookies Yang Kurang Manis, Rangup Di Luar, Tapi ‘Chewy’ Di Dalam
Walaupun bulan puasa belum menjengah dan Raya dijangka pada April nanti, namun sudah ramai yang menguar-uarkan iklan biskut raya.
Tak lupa juga ada yang dah mula kumpul dan simpan resipi-resipi biskut raya.
Nah, jom kita cuba resipi biskut tart nenas minyak sapi oleh Puan Habsah Ngah. Mesti sedap kan bila kita buat sendiri biskut raya tahun ni.
BISKUT TART NENAS MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini
2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
2 sudu besar susu tepung
1 ½ sudu besar minyak sapi – beli online di sini
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 senduk gula halus/kastor – beli online di sini
1 cawan mentega/planta/marjerin
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur+pewarna oren/kuning (untuk disapu atas biskut)
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Kacau mentega/planta, minyak sapi, gula, kuning telur dan esen vanilla.
2. Kacau hingga sebati. Saya guna senduk kayu sahaja. Jangan kacau lama-lama, nanti adunan jadi lembik, banyak nak kena pakai tepung nanti.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung susu yang telah diayak bersama terlebih dahulu.
4. Uli manja-manja sampai jadi doh. Adunan memang lembut.
5. Bagi adunan rehat 30 minit atau 1 jam nanti tekstur lagi cantik kalau bagi dia rehat dulu.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Selepas itu, baru boleh dibentuk. Sapu minyak di loyang.
7. Paipkan kulit tart. Letak inti dan gulung. Gulung. Susun atas loyang dan sapu dengan telur tadi.
8. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C api atas bawah, selama 15-20 minit. Atau pun kalau nak tahu dah masak, bila tolak dah tak lekat, dah masaklah.
Kredit resipi: Pn Habsah Ngah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Sendiri Jem Nenas Cara Orang Lama, Puas Hati Warna Cantik
Senang Betul Nak Masak Bendi Sambal Kering Macam Di Restoran
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source