Bungkus Kaw Kaw terima teguran Chef Zam, akan hidangkan Nasi Lemak Rendang Ayam bersama sambal
Pihak pengurusan Bungkus Kaw Kaw terima teguran Chef Zam susulan isu menjual sambal nasi lemak secara berasingan sehingga menjadi topik perbualan hangat di media sosial.
Terbaharu, Bungkus Kaw Kaw tampil menjelaskan situasi tersebut termasuk tindakan yang bakal diambil bagi meningkatkan lagi mutu jenama perniagaan pada masa akan datang.
Bungkus Kaw Kaw terima teguran Chef Zam
Menerusi kenyataan terbuka, Bungkus Kaw Kaw menyatakan mereka menawarkan enam jenis menu Nasi Lemak, setiap satu dengan sambal atau kuah yang berbeza sesuai dengan jenis hidangan.
Antara menu yang ditawarkan termasuk Nasi Lemak Original dengan Sambal Nasi Lemak, Nasi Lemak Rendang Ayam dengan Kuah Rendang, serta Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong dengan Sambal Asam Pedas Tomyam.
Jelas kenyataan itu, Nasi Lemak Rendang Ayam yang dibeli Chef Zam baru-baru ini memang tidak disertakan dengan Sambal Nasi Lemak.
Artikel lain: Biar betul? Chef Zam bengang, kedai makan terkenal jual nasi lemak tapi jual sambal asing!
Akan hidangkan dengan sambal
Pun begitu, pihak Bungkus Kaw Kaw mengakui perkara ini dan menerima kritikan tersebut dengan hati terbuka.
Sebagai langkah penambahbaikan, mereka akan menghidangkan Sambal Nasi Lemak pada menu Nasi Lemak Rendang Ayam, di samping mengekalkan Kuah Rendang.
“Pihak kami sendiri telah cuba menghubungi Prof. Dato’ Chef Zam berkenaan isu ini bagi menjernihkan keadaan.
“Kami berterima kasih di atas komen-komen yang membina daripada pengguna di media massa,”menurut kenyataan lagi.
Terdahulu, chef selebriti, Prof. Datuk Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali Chef Zam bengang dan kesal terhadap sebuah kedai makan terkenal di dalam sebuah pusat beli-belah.
Ia susulan kedai berkenaan menjual nasi lemak dan sambal berasingan dengan harga yang tidak berpatutan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source