“Isteri sempat jerit minta tolong selepas terjatuh sebelum senyap..”
Seorang wanita warganegara India berumur 48 tahun tertimbus dalam lubang kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur akibat kejadian tanah jerlus.
Suami kepada mangsa tanah jerlus berhampiran Masjid India, hari ini memberitahu isteri sempat jerit minta tolong selepas terjatuh dan tertimbun ke dalam lubang benam.
“Dia (mangsa) menjerit meminta tolong selepas terjatuh sebelum terus senyap tidak lama kemudian.”kata suami kepada wanita warga India yang terjatuh dan tertimbus.
Artikel lain: Tanah runtuh: 4 sekeluarga ‘pergi’ bersama, rumah dipenuhi memori lukisan anak
Isteri sempat jerit minta tolong
Bagaimanapun, lelaki berusia 40-an itu agak keberatan untuk menceritakan dengan lebih lanjut berhubung kejadian yang menimpa isterinya.
Malah, dia juga berdepan dengan kesukaran untuk berkomunikasi.
Setakat jam 3 petang, usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang sudah masuk hampir tujuh jam diteruskan menggunakan jengkaut bagi membesarkan lubang benam terbabit untuk memudahkan tugas pasukan penyelamat.
@ohmymedia.cc Allahu, kesiannya. Setakat ni, mangsa yang merupakan warga India masih belum dijumpai. Semoga urusan pencarian dipermudahkan😥 #ohmymedia #ommbest #videoviral #mangsa #tanahjerlus #masjidindia
Terdahulu, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 31 saat memaparkan insiden malang menimpa wanita itu dikongsikan pihak berkuasa hari ini.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat mangsa terjatuh ketika berjalan kaki melalui sebongkah kerusi konkrit yang diduduki beberapa individu ketika kejadian.
Mangsa dilihat membawa satu beg di tangan kirinya sebelum terjatuh dalam timbunan tanah, manakala seorang lagi lelaki sempat menyelamatkan diri daripada terjatuh ke dalamnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya masih dalam proses melengkapkan maklumat berkaitan kejadian itu dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu
“Kita juga akan merakam keterangan saksi bagi membantu siasatan, setakat ini saya tidak boleh komen lebih terperinci kerana ia masih dalam siasatan.
“Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan anggota Bomba sedang giat melaksanakan kerja penyelamatan di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Setakat ini, kawasan itu masih dianggap selamat, bagaimanapun perbincangan lanjut akan diadakan bagi mempertimbangkan sama ada ia perlu ditutup atau sebaliknya.
Seramai 35 anggota dan pegawai bomba, 14 kakitangan DBKL, 32 anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam (lima) dan pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (empat) turut serta dalam operasi SAR itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source