Taiyuddin Bakar nasihat, berhenti sindir Aliff Aziz sertai jemaah tabligh
Pelakon Taiyuddin Bakar nasihat kepada orang ramai supaya jangan menyindir usaha aktor Aliff Aziz yang kembali menyertai jemaah tabligh.
Menurut laporan Media Hiburan, Taiyuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Tai, netizen sepatutnya memberi sokongan kepada individu yang berhasrat untuk berubah ke arah lebih baik.
Taiyuddin Bakar nasihat
Artikel lain: Aliff Aziz sertai tabligh lagi, ustaz mohon doakan yang baik-baik
“Bila kita datang kepada usaha agama, kita akan mula belajar bagaimana untuk jadikan mata kita seperti mata lebah. Duduk dalam timbunan sampah pun kita akan cari yang manis-manis.
“Kalau kita tidak berusaha seperti itu, mata kita akan jadi macam mata lalat. Letak di taman yang paling cantik dan penuh wangian sekali pun, kita akan tetap cari sampah.
“Bagi segelintir pihak yang melihat secara straight forward dan hanya pada dasar, lalu terus menjatuhkan hukum, saya bersedih untuk mereka,” katanya.
Taiyuddin Bakar nasihat
Sumber gambar: Media Hiburan
Tambahnya lagi, orang ramai harus menjaga kata-kata dan hanya Allah sahaja mengetahui niat Aliff kembali menyertai tabligh.
“Bagaimana niat Aliff Aziz untuk dirinya sendiri, kerjaya, dan apa sahaja yang dia mahukan ketika sertai jemaah tabligh, itu urusan antara dia dan Allah.
“Andai kata niatnya untuk menggunakan kayu sugi itu lurus kerana Allah, antara khasiatnya, dia akan dapat mengucap dua kalimah syahadah dengan mudah ketika nak meninggal nanti.
“Bagi saya, jika niat Aliff lurus di sisi Allah, dialah yang beruntung. Kita yang bercakap ni menanggung rugi,” katanya.
Terdahulu, Aliff kembali sertai tabligh selepas bercerai dengan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Bella Astillah.
Sumber: Media Hiburan (Aizam Manaf)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source