Dilahirkan pramatang, bayi sulung Marissa Dania & Aslam meninggal dunia
Bayi sulung Marissa Dania yang merupakan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pramatang.
Memetik Harian Metro, sumber memberitahu Marissa atau nama penuhnya Marissa Dania Hakim,19, sedang hamil enam bulan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Difahamkan, pada hari kejadian, Marissa dan Aslam menghadiri sebuah acara pelancaran produk sebelum dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.
“Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pramatang,” kata sumber.
Menurut sumber lagi, bayi itu selamat dikebumikan pada keesokan harinya.
Bayi sulung Marissa Dania, Aslam meninggal dunia
Perkara itu juga diketahui oleh bapa Marissa iaitu Norman Hakim dan orang terdekat sahaja.
Sementara itu, Marissa juga dilihat memuat naik gambar makanan untuk wanita sedang berpantang di Instagram Story, selain meletakkan gambar suaminya.
Terdahulu, anak sulung kepada pasangan selebriti popular ini bertindak mengunci mulut mengenai dakwaan dirinya sedang berbadan dua.
Spekulasi mengenai kehamilan Marissa timbul selepas netizen ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya pada 16 Julai lalu.
Ketika ditemui media, dia juga meminta doa orang ramai agar segala urusan dipermudahkan.
Artikel lain: “Siapa buat Marissa Dania menangis, bagitau mama datang!” – Abby Abadi
Nama Marissa menjadi bualan selepas didakwa bernikah di Thailand bersama Aslam yang juga berstatus suami orang pada 27 Disember tahun lalu.
Spekulasi itu kemudiannya disahkan sendiri oleh ibunya, Abby Abadi pada 16 Mac lalu.
Sumber: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source