Nurul Zahid rindu zaman Bossku, harap kepimpinan tertinggi UMNO terus tegakkan keadilan
Kepimpinan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak atau lebih popular dengan panggilan ‘Bossku’ dirindui oleh penyokong parti tersebut.
Ketua Penerangan UMNO Bagan, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, kesungguhan bekas Perdana Menteri itu telah membawa negara ke mercu kecemerlangan dengan pelbagai transformasi untuk kesejahteraan rakyat dan seluruh ahli UMNO.
Nurul Zahid rindu zaman Bossku
“Benar kita amat merindui zaman Bossku. Kita amat merindui ‘sentuhan’ Bossku. Apabila berada di dalam Dewan Merdeka ini, setiap kali Perhimpuan Agong UMNO, aura dan kehadiran Bossku masih ada dan terasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.
Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu berkata, beliau mendengar usul daripada perwakilan wanita supaya Najib diberikan keadilan dengan sebaik- baiknya.
“Semoga ada sinar buat Bossku, dan saya secara peribadi menyokong usul para perwakilan wanita agar kepimpinan tertinggi UMNO dapat terus menegakkan keadilan buat Bossku tanpa gagal.
“Jangan pernah putus usaha serta daya buat seorang pemimpin yang pernah bersama-sama kita dalam susah dan senang,” ujarnya.
Sementara itu, Nurul mengakui menyaksikan sendiri lelah dan sakit ditanggung bapanya bagi membuatkan UMNO kekal sebagai parti politik yang releven menjadikan ia penguat semangat, untuk semua penyokong sebagai pelapis dalam parti tersebut.
Artikel lain: Anak sedih tak dapat belikan Najib kopi -“Mesti Bossku rindu Caramel Macchiato”
“Bukan faktor kerana Zahid Hamidi Presiden UMNO, tetapi kerana kita juga merasa bertanggungjawab untuk bersama-sama ahli UMNO dan para perwakilan sekalian memperjuangkan nasib agama dan bangsa dalam parti keramat UMNO, parti yang kita cintai ini.
“Bukan kita tidak pernah “GO SOLO” di zaman kepimpinan Bossku. Apa yang Bossku tidak pernah beri? Segala macam peruntukan diberikan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan jutaan ahli UMNO,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source