Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendukung pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung penegasan beberapa perkara.
Orang Melayu mesti yakin hadapi masa hadapan
Salah satunya adalah mengenai orang Melayu mesti berhadapan dengan masa depan politik bangsa dengan yakin. Menurut beliau, tiada apa yang orang Melayu perlu takutkan walaupun jalan di masa hadapan semakin mencabar.
Pelbagai aspek kehidupan masa kini sudah berbeza dengan apa yang dihadapi UMNO terdahulu, beliau namun percaya bahawa parti UMNO adalah parti yang mendewasakan serta matang.
“Masakan dengan segala pengalaman dan pengetahuan yang kita miliki, kita boleh cepat melatah? Atau gemuruh? Atau masih lagi boleh dipengaruhi dengan omong-omong politik yang dangkal dan cetek.
Masakan kita yang selama ini diberi kepercayaan mengurus parti ini, langsung tidak mempunyai pemikiran dan kebijaksanaan, sehingga membiarkan kepentingan Melayu itu terbiar tanpa pembelaan,” katanya.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.
Khaled Nordin percaya Islam & Melayu tidak akan jatuh selagi adanya Raja Berpelembagaan
Menurut Mohamed Khaled, tiada sesiapa dari Majlis Tertinggi UMNO mahu membiarkan Melayu menjunam dan Islam terancam.
Hal tersebut diyakini sama sekali tidak akan berlaku, lebih-lebih lagi dengan adanya Raja Berpelembagaan.
“Kita ada Raja Berperlembagaan. Kita ada pelbagai institusi kerajaan yang hampir semuanya diketuai oleh orang Melayu. Kita ada penjawat awam.
“Dan jangan lupa, kita ada Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.
“Kesemua instrumen ini yang menjadi ekosistem dan benteng yang sangat kukuh dalam melindungi orang Melayu,” ujarnya.
Khaled Nordin harap seluruh Bangsa Melayu sambut seruan Presiden untuk bersungguh bangunkan ketahanan bangsa
Dalam pada itu, beliau turut berharap agar UMNO dan seluruh bangsa Melayu mesti menyambut seruan Presiden untuk bekerja bersungguh-sungguh dalam membangunkan ketahanan bangsa Melayu melalui pendidikan dan kemahiran.
“Kita mesti menjadikan generasi Melayu itu lebih baik, lebih kompetitif, lebih berilmu dan lebih global.
“Kita tidak lagi boleh menggunakan bangsa dan agama, sebagai senjata untuk memenangi persaingan. Sentimen sebegitu sudah tidak sesuai dengan Melayu dalam kurun ke-21.
“Kita mahukan Melayu yang bijaksana dan menjadi pencetus revolusi baharu bagi kemajuan industri, digital dan ekonomi Malaysia,” katanya.
Artikel lain: Khaled Nordin serah sumbangan kepada 40 penerima termasuk anggota ATM – MINDEF
Kementerian Pertahanan tidak akan berkromponi dalam segala hal libatkan Tanah Air
Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan turut menyentuh perihal Kementerian yang diterajui beliau dengan memberi jaminan bahawa tidak akan berkompromi dalam segala hal membabitkan kedaulatan tanah air.
“Selain menumpukan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan anggota, warga ATM dan golongan veteran. Semua domain pertahanan nasional akan melalui transformasi dan pembaharuan secara besar-besaran tetapi terancang dalam beberapa tahun akan datang.
Semua ini adalah penting dan kritikal. Ini kerana, ancaman terhadap kedaulatan negara sangat kini hadir dalam bentuk yang sangat pelbagai, kompleks dan bersifat ‘multifacated’,” ujarnya.
UMNO perlu terus memerintah berdasarkan realiti politik kemajmukan
Pada masa sama, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu menyokong penuh pandangan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dengan memastikan UMNO terus bergerak dan memerintah bersandarkan realiti politik kemajmukan.
Beliau menjelaskan, kebanyakan ahli dan pendukung UMNO sangat faham dengan perkara tersebut kerana ia bukanlah baru untuk mereka atau dibuat secara tiba-tiba atas dasar keterpaksaan mahupun keterdesakan.
“Pendekatan ini adalah apa yang UMNO bidani sejak parti ini mula mentadbir negara dan bangsa kita seawal kemerdekaan.
Dari fikrah UMNOlah, kita wujudkan BN dan mengurus negara ini secara permuafakatan selama lebih enam dekad. Walau bagaimanapun, pembaharuan strategi dan idea sangat perlu,” jelasnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source