Aman Graseka tolak berlakon babak intim, sedar diri dah makin tua
Pelakon veteran, Aman Graseka tolak berlakon babak intim terutamanya bersama isteri orang memandangkan usianya sudah menua.
Menurut laporan Gempak, Aman membuat keputusan tersebut kerana mahu menjaga perasaan isteri dan anak-anaknya yang semakin dewasa.
Aman Graseka tolak berlakon
Artikel lain: Uqasha Senrose tak pernah ‘claim’ diri baik, tapi fitnah kaki pukul agak melampau
“Saya akui zaman muda apa sahaja babak saya tak bawa, jadi bila dah berusia sebegini saya fikir dah tak nak dah pegang watak atas aktil dengan perempuan lain lagi-lagi dengan bini orang.
“Sekalipun dapat tawaran bapa, kalau ada anak saya akan tanya pengarah anak lelaki atau perempuan. Kalau perempuan memang saya akan tolak walaupun pengarah kata ‘ala bang cuma salam-salam je’ saya tak nak,” Tegas Aman.
Ujar aktor yang berusia 56 tahun itu lagi, dia tidak pernah kecewa menolak tawaran daripada mana-mana produksi sebaliknya percaya kepada rezeki yang dikurniakan Allah.
Aman Graseka tolak berlakon
“Saya tak ‘ralat’ langsung.. pada saya sudah tak sesuai untuk saya lakukan babak sedemikian. Cukup-cukupla zaman muda dahulu… Dah banyak dosa saya buat.
“Rezeki itu luas. Bukan kita tolak satu tawaran, semua rezeki kita akan hilang. Alhamdulilallah saya senang dengan cara sekarang.
“Kalau tak silap saya lebih kurang 10 tawaran saya telah tolak setakat ini membabitkan watak atas katil,” katanya.
Dalam pada itu, Aman meluahkan rasa syukur dengan kehidupannya sekarang dengan membuka perniagaan kecil-kecilan menjual makanan kesukaan kanak-kanak iaitu jellyball di Sungai Petani, Kedah.
Sumber: Gempak (Ernalisa)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source