Uqasha Senrose tak pernah ‘claim’ diri baik, tapi fitnah kaki pukul agak melampau
Pelakon wanita, Uqasha Senrose tak pernah ‘claim’ diri baik namun merasakan fitnah sebagai kaki pukul agak berlebihan selepas didakwa melakukan kekerasan kepada pembantu peribadinya sebelum ini.
Menerusi hantaran yang dibuat Uqasha, dia mememaklumkan perwatakan yang ditonjolkan adalan pandangan daripada orang lain dan sama sekali tidak pernah menganggap diri baik mahupun lembut.
Uqasha Senrose baik dengan orang yang baik dengannya
Tambahnya, dia akan berlaku baik kepada individu tersebut jika orang itu juga baik terhadapnya dan tetap tidak membalas walaupun telah dijahati.
“Aku baik dengan orang yang baik dengan aku., orang buat jahat dengan aku pun aku boleh diam lagi, tapi samapi fitnah aku kaki pukul penumbuk semua tu aku rasa dah berlebihan,” tulisnya.
Uqasha Senrose boleh buat perkara sama, tapi dengan bukti
Ujarnya, dia boleh sahaja melakukan hal sama dengan bercakap berkenaan pembantu peribadinya, namun memilih untuk bersuara bersama bukti-bukti yang kukuh serta segera membuat laporan polis.
“Saya boleh saja lakukan apa-apa sahaja sekarang ni jika saya nak, tapi bersama bukti mungkin seperti gambar ataupun terus melakukan laporan polis.
“Bukannya selepas 7 hari baru nak buat laporan,” katanya lagi.
Artikel lain: Uqasha Senrose ‘londeh’ perangai sebenar PA -“Main pakai baju tidur saya sesuka hati”
Kenyataan yang dibuat isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu susulan mendedahkan perangai sebenar pembantu peribadinya yang membuat tuduhan mengatakan Uqasha melakukan kekerasan kepadanya.
Beberapa tangakapan layar perbualan mereka turut didedahkan oleh pemilik nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32 apabila menegur tindakan pembantu peribadi yang sesuka hati memasuki bilik tidur dan memakai pakaiannya tanpa kebenaran.
Terdahulu, seorang pembantu peribadi seorang artis popular telah membuat laporan polis mendakwa ditumbuk oleh majikannya.
Nama Uqasha telah dipetik netizen dan pelakon itu telah menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan hanya ada di rumah menjaga anak.
Sumber: Instagram Uqasha Senrose
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source