Filem pendek Kita Kan Sama bawa mesej perpaduan, inspirasi kisah benar
Saudagaar Asia membawakan sebuah filem pendek berjudul Kita Kan Sama, inspirasi dari kisah benar yang semestinya menyentuh hati dan mencerminkan semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum.
Kita Kan Sama bawa mesej perpaduan!
Filem pendek itu mengisahkan tentang perjalanan seorang anak muda, Said Saiful Fazli Said Aluwi yang juga pengasas produk Choco Albab yang telah menemukan jati diri dan nilai persahabatan tiada batas dalam perbezaan kaum dan budaya.
Pengalaman membesar sebagai kanak-kanak kampung dalam keadaan harmoni membuatkan beliau mengambil kisah tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai realiti.
Joe (nama layar) hidup sama seperti kanak-kanak lain, membesar dan mengamalkan cara hidup sama seperti orang Melayu. Selepas mengetahui asal-usulnya yang sebenar, Joe berdepan dengan beberapa cabaran dalam menerima identiti barunya.
Terkejut dengan realiti bahawa dirinya berketurunan India telah membuatkan persepsi dan jati dirinya tergugat. Perkara tersebut turut memberi kesan mendalam terhadap hubungan dengan rakan-rakan pelbagai kaum.
Namun, filem pendek itu memperlihatkan erti persahabatan sebenar adalah bukan berlandaskan perbezaan kaum dan budaya tetapi sebaliknya, perbezaaan identiti itu adalah asas kepada hubungan untuk menjadi lebih erat serta bermakna.
Pengarah filem, Shafieq Hashim berkata, Kita Kan Sama adalah usaha untuk mencerminkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang penuh warna-warni.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source