Siapa yang tidak pernah dengar tentang Dropbox, kan? Gergasi storan awan yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 500 juta orang di seluruh dunia dan menjana berbilion dolar sebagai hasil tahunan. Jadi, bagaimana Dropbox berkembang daripada hanya sebuah syarikat startup?
Nama pengasas Dropbox ini ialah Drew Houston. Kalau anda nak tahu, si Houston ni sudah mula belajar coding sejak umur 5 tahun lagi. Macam mana Houston dapat idea untuk hasilkan Dropbox ini?
Ceritanya bermula pada tahun 2007 apabila Houston menaiki bas dan tiba-tiba dia sedar yang dia terlupa untuk bawa pemacu penanya (pendrive). Kebetulan waktu itu dia sangat perlukan pendrive itu dan insiden buat dia sangat kecewa.
Bermula dari saat itu, Houston berjanji pada dirinya untuk menyelesaikan masalah itu dan begitulah idea Dropbox bermula!
Tapi ada satu masalah apabila Houston dah bangunkan idea untuk hasilkan Dropbox ini. Modal. Houston yang berusia 24 tahun ketika itu terdesak untuk mendapatkan pembiayaan untuk menjalankan idea storan awannya.
Salah satu penyokong syarikat startup yang paling berprestij di Lembah Silikon iaitu Y Combinator akhirnya bersedia untuk mengambil risiko bagi memberi dana kepada Houston. Syaratnya, dia harus mencari seorang rakan kongsi, kerana bagi mereka sebuah startup akan lebih berjaya jika ada lebih seorang yang mengendalikannya.
Lama Houston mencari rakan kongsi yang sudi bergabung dengannya sehinggalah dia bertemu Arash Ferdowsi, iaitu seorang pelajar berusia 22 tahun. Arash adalah kawan kepada kawannya dan mereka tidak pernah bertemu sebelum itu. Akhirnya, Dropbox telah dilancarkan pada 2008.
Untuk menarik pelanggan pertamanya, Dropbox membuat video promosi yang disiarkan di laman web seperti Reddit dan Slashdot. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan pengaruh sektor teknologi bagi menggunakan perkhidmatan ini. Dan dengan harapan mereka akan bercakap secara positif tentang produk itu, dan bilangan pengguna kemudiannya akan bertambah hasil promosi mulut ke mulut ini.
Kaedah ini ternyata berkesan dan jumlah pengguna semakin meningkat. Houston dan pasukannya melakukan tawaran baharu. Mereka menawarkan pelanggan Dropbox sedia ada lebih banyak ruang storan percuma jika mereka boleh mendapatkan rakan untuk mendaftar. Orang lain juga akan mendapat lebih banyak storan percuma, dan seterusnya.
Ia berlaku dengan pantas sehingga menarik perhatian Steve Jobs pada 2011. Apple menyatakan minat terhadap Dropbox. Malah Steve Jobs menjadualkan pertemuan dengan Houston untuk membeli produk tersebut.
Namun, Houston menolak tawaran daripada Jobs. Terkesan dengan itu, Steve Jobs cuba memprovokasi Houston dengan mengatakan bahawa mereka akan menghancurkan Dropbox.
Kemudiannya, Apple melancarkan perkhidmatan storan awannya sendiri pada tahun 2011, iCloud, tetapi ini tidak menghalang pertumbuhan Dropbox. Lebih 10 tahun selepas itu, Dropbox masih stabil dengan nilai bersih sebanyak $8 bilion.
Asas kejayaan Dropbox adalah ia benar-benar memahami penggunanya dan keperluan yang mereka ada. Dropbox menangani isu itu secara langsung dengan menjadikan storan awan sebagai pengalaman yang mudah, selamat dan tidak menyusahkan.
Tindakan yang dibuat oleh Houston dengan menolak tawaran Steve Jobs adalah berisiko, namun, ia telah berjaya menaikkan jenama Dropbox dan berdiri sendiri.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source