Mahu terus bimbing sahabat, netizen jadikan Khairul Aming contoh rakan baik
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming menganggap Azfar Heri seorang sahabat yang baik walaupun mereka mempunyai personaliti yang berbeza.
Kata pempengaruh yang berusia 31 tahun itu, dia lebih mengenali sahabatnya itu yang sentiasa ada sewaktu susah dan senang berbanding orang lain.
Dia berkata demikian selepas menjawab persoalan netizen berkaitan hubungan persahabatannya dengan Azfar Heri ketika siaran langsung bersama pengikutnya di laman TikTok, baru-baru ini.
Khairul Aming
“Korang kenal dia macam tu tapi in real life saya kenal dia lain. Sebab tu kadang-kadang orang persoalkan kenapa aku berkawan dengan Azfar Heri.
“Dia seorang sahabat yang sangat baik yang ada dengan aku susah dan senang,” katanya.
Usahawan kelahiran Kelantan itu turut memberitahu akan sentiasa menasihati dan membimbing Azfar Heri untuk menjadi insan lebih baik pada masa akan datang.
Khairul Aming
Artikel lain: Khairul Aming terkejut, kagum keberanian ratusan wanita hantar resume nak jadi isteri
“Jadi walaupun dia macam tu dan aku pun macam ni, aku masih ada tanggungjawab untuk jaga dia dan nasihatkan dia dari semasa ke semasa.
“Kalau kita ni asyik nak tinggalkan kawan je, nanti kawan tiada bimbingan lah. Kita lah yang tolong, itu je. Aku tak nak tinggalkan kawan dan grow up sorang-sorang,” tambahnya.
Khairul Aming contoh sahabat baik
Dalam pada itu, rata-rata netizen menyifatkan Khairul Aming mempunyai ciri-ciri sahabat sejati yang sentiasa memberi sokongan moral dan tidak pernah memandang rendah terhadap kelemahan rakan-rakannya.
Bertuah dapat berkawan dengan Azfar Heri, baik orangnya!
Dalam pada itu, ada segelintir individu tidak menafikan Azfar Heri seorang lelaki yang baik dan gemar membawa aura positif kepada orang sekelilingnya.
Sumber: TikTok @khairulamingfans_
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source