Mira Filzah dukung anak sambil tawaf 7 kali, pertama kali tunai umrah sebagai ibu
Pelakon jelita, Mira Filzah dukung anak sambil tawaf 7 kali sewaktu menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram bersama suami tercinta, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.
Aktres berusia 31 tahun itu berkongsi pengalaman menunaikan umrah di Instagram, hari ini.
Mira atau nama sepenuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman meluahkan rasa syukur kerana anaknya, Wan Khair Amir memberi kerjasama sewaktu dia dan suami menunaikan umrah.
“Thank you Amir jadi anak yang baik,”tulisnya ringkas.
Mira Filzah dukung anak sambil tawaf
Kongsi Mira, ia merupakan pengalaman kali pertama buat dirinya dan suami membawa anak menunaikan umrah bersama.
Namun, dia bersyukur kerana anaknya tidak banyak meragam, sebaliknya cuma minta dukung sahaja.
“Selesai umrah kami. Alhamdulillah. Pertama kali bawa Amir.
“Nak Mama dukung je, jadi Mama lah dukung sambil tawaf 7 kali. Tidak mengadu. Syukur, Alhamdulillah untuk segalanya,”coret pelakon drama Pujaan Hati Kanda.
Artikel lain: Eyka Farhana belum sedia berhijrah- “Manusia kalau nak berubah tak semestinya berlaku bila balik umrah..”
Mencabar tapi pengalaman bermakna
Mira Filzah akui dia berdepan dengan cabaran sewaktu melakukan umrah, namun ia meruakan pengalaman yang indah buat dirinya sebagai isteri dan ibu kepada anak satu.
Dalam pada itu, artis asal Perak ini bersyukur dan berterima kasih kepada suaminya banyak membantu menjaga anak ketika dia keluar pergi ke masjid melakukan solat tajahud.
Maklumnya lagi, mereka sekeluarga bermalam satu malam sebelum meneruskan perjalanan melakukan aktiviti berikutnya.
Sekadar info, Mira dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar berkahwin pada 3 September 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Khair Amir Wan Emir Astar pada 10 Mei 2022.
Sumber: Instagram Mira Filzah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source