Bergaya tepi pantai, Nadia Annuar dipuji makin cantik & cantik -“Hot mama”
Pengacara televisyen, Nadia Annuar dipuji makin cantik selepas berkongsi beberapa kepingan foto di platform Instagram, baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Nadia Shahrul Annuar dilihat memakai cardigan selain memperlihatkan sebahagian lengan sehingga paras pinggangnya.
Difahamkan, foto yang memaparkan keindahan alam semula jadi itu diambil di Pulau Rawa yang terletak di Mersing, Johor.
Artikel lain: Nadia Annuar trauma nak kahwin lagi, mahu lelaki manja tetapi bukan suami orang
Dalam hantaran tersebut, bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) itu juga mencoretkan kata-kata pada ruangan kapsyen untuk tidak merayu kepada seseorang memilih diri kita sendiri.
“Never beg for someone to choose you. If they don’t see your worth, let them go.
“Keep your pride intact and remember only be with someone who can see & appreciate your value. 🤍🤍🤍,”tulisnya penuh maksud.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut media sosial anak kepada usahawan terkenal Zaiton Hassan atau Kak Ton memuji kecantikannya, lebih-lebih lagi dilihat semakin kurus.
Sebelum ini, nama Nadia menjadi bualan selepas dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab menerusi sebuah hantaran di laman Instagram bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran ke-39 menerima banyak kecaman netizen.
Bagaimanapun, dia sendiri akui kesilapan yang telah dilakukan dan tidak kisah sekiranya orang ramai mahu mengecam mahu pun mengkritik tindakannya membuka tudung kerana sedar diriya tidak mampu memuaskan hati seseorang.
Sumber: Instagram Nadia Annuar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source