Kim Yushin: Penggerak Dalam Penyatuan Tiga Kerajaan
Ramai yang kenal dengan Yi Sun Shin sebagai laksamana yang telah membantu dalam Perang Imjin. Tapi, tahukah anda, beratus tahun sebelum itu, ada seorang lagi pahlawan yang telah menjadi penggerak dalam menyatukan Korea?
Kim Yushin (김유신), yang dilahirkan pada tahun 595 ialah jeneral yang dianggap sebagai salah seorang jeneral yang paling hebat dalam sejarah Korea. Sebagai jeneral, beliau percaya bahawa tiga kerajaan, Baekje, Goguryeo dan Silla tidak sepatutnya menjadi negara berasingan, tetapi perlu bersatu di bawah satu pentadbiran.
Kehidupan awal Kim Yushin ini telah direkodkan dalam Samguk Sagi dan beliau adalah sebenarnya daripada keturunan kerabat diraja. Ibunya, Manmyung ialah anak perempuan kepada Raja Jinheung yang memerintah Silla.
Pada usia 15 tahun, beliau telah menjadi pahlawan Hwarang. Dan di usia 18 tahun, dia telah meningkat menjadi ahli pedang yang mahir dan ketua hwarang yang digelar sebagai gukseon.
Silla sentiasa bergelut dalam perebutan wilayah dengan Bakje dan Goguryeo. Pada tahun 629, Kim Yushin bertempur bagi pihak Silla bawah pimpinan bapanya, Kim Sóhyún.
Namun, pertempuran ini sengit dan tentera Silla telah hilang semangat untuk berperang, selepas percubaan berulang kali untuk menakluki Kubu Nangbi gagal dan menyebabkan kematian ramai rakan seperjuangan mereka. Kim Yushin, ketika itu sebagai komander garrison, pergi menemui bapanya dan berjanji untuk memberi semangat kepada tentera.
Dia menunggang kudanya, bertarung masuk ke kem musuh dan memenggal kepala jeneral Goguryeo di kubu itu. Apabila pasukan Silla melihat beliau kembali, sambil memegang kepala musuh, mereka bergegas ke pertempuran dan memenggal lebih daripada lima ribu musuh.
Goguryeo dan Baekje telah menyerang Silla pada tahun 655, dan Silla ketika itu bergabung dengan Tang dari China. Kim Yushin yang memimpin angkatan tentera Silla ketika ini sebagai jeneral. Akhirnya, dengan bantuan 50,000 orang tentera Silla dan kira-kira 130,000 tentera Tang, Yusin menyerang ibu kota Baekje, Sabi, pada tahun 660, dalam Pertempuran Hwangsanbeol.
Tahun 661, angkatan ini menyerang pula Goguryeo. Meskipun tidak berjaya, ia berjaya melemahkan pertahanan Goguryeo. Pada tahun 667 satu lagi serangan dilancarkan dan pada tahun 668, Goguryeo akhirnya runtuh sepenuhnya.
Pada tahun 668, Raja Munmu menganugerahi Kim Yushin gelaran kehormatan Taedegakgan (태대각간) atau dipanggil juga “Betara Pertahanan Tertinggi.” Beliau dianggap sebagai penggerak dalam penyatuan tiga kerajaan oleh Silla dan dikenang sebagai seorang daripada jeneral teragung dalam sejarah tamadun Korea.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source