Pablo Amirul akui silap & sedar, pernah terlibat dengan ajaran sesat demi cinta
Pelakon Pablo Amirul akui silap kerana dirinya pernah menganuti ajaran Millah Abraham selama dua tahun kerana mengikut kekasihnya pada ketika itu.
Dia bagaimanapun berharap agar kisahnya menjadi pengajaran kepada masyarakat agar lebih berhati-hati dalam mencari Tuhan dan tidak ramai menjadi mangsa seterusnya.
Pablo Amirul akui silap
Pablo atau nama penuhnya Amirul Hisyam Mohd. Sakri, 39, berkata, dia sudah sedar bahawa menjual akidah demi cinta adalah suatu kesalahan besar.
“Saya mengikuti dan percaya akan ajaran itu kerana cinta. Selepas tersedar baru saya tahu apa yang dilakukan itu adalah salah.
“Sebab cinta saya menjual akidah, satu perkara yang tidak patut saya lakukan. Orang di luar sana senanglah cakap kerana tidak terkena batang hidung mereka sendiri.
“Asbab Allah pilih saya untuk mengalami, menjalani dan mendedahkan perkara ini kepada orang ramai. Jadikan apa yang saya lalui sebagai sempadan dan tauladan” kata Pablo.
Artikel lain: Pablo Amirul buat pendedahan tentang ajaran sesat, dakwa kekasih ‘dibela’ ahli politik
Pablo Amirul bongkar kebenaran, bagi kerjasama
Dalam pada itu, dia juga bersyukur kerana pendedahannya di media sosial itu telah membuka mata banyak pihak mengenai ajaran sesat berkenaan.
Kongsinya lagi, dia juga telah menyelesaikan masalah dengan pihak polis selain terikat dengan peguam berhubung ajaran sesat Millah Abraham.
“Jika pendedahan saya membongkar kebenaran dan menyebabkan pelbagai pihak terpanggil untuk mengkaji permasalahan ini baguslah.
“Saya hanya lakukan untuk membantu ummah dan mempertahankan agama kita. Kalau apa yang saya lakukan beri ancaman kepada pihak di sana (ajaran sesat) saya tidak boleh lakukan apa-apa.
“Saya telah selesaikan dengan pihak polis dan buat masa ini saya terikat dengan peguam. Selagi saya tidak ke depan, tidak dihadapkan ke mahkamah dan tidak dikenakan tindakan saya perlu menutup mulut,” ujarnya yang kini telah kembali ke agama Islam.
Akui Pablo, kesilapan lampau yang dilakukannya adalah tidak merujuk terlebih dahulu dengan golongan arif dalam bidang agama ketika mencari Tuhan.
Dia juga berharap orang ramai berhati-hati dengan ajaran sesat seperti Millah Abraham dan fahaman lain yang masih berleluasa di luar sana.
Sekadar info, ajaran Millah Abraham atau Millah Ibrahim itu difatwakan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Sumber: Instagram Hib Glam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source