Saksi tak serah telefon bimbit rakam panggilan video Ebit Lew kepada polis, guna di rumah
Seorang wanita yang juga saksi tak serah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan personaliti dakwah, Ebit Lew kepada polis, beritahunya di Mahkamah Majistret, hari ini.
Wanita berusia 40-an itu berkata, telefon berkenaan adalah untuk kegunaan di rumah bersama suami.
Dia yang juga saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes berhubung gangguan seksual Ebit Lew memberitahu tidak ingat nombornya kerana sudah tidak aktif.
Saksi tak serah telefon bimbit
Ketika disoal balas oleh peguam Datuk Ram Singh di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani, saksi berkata dia menerima panggilan video daripada Lew pada petang 10 Julai 2021 melalui telefon bimbit lain miliknya sebelum bertindak merakam panggilan itu menggunakan telefon rumah.
Wanita itu berkata panggilan video tersebut adalah yang pertama dirakamnya dan ia dilakukan tanpa pengetahuan tertuduh sebelum beliau bertindak menyekat nombor telefon Lew pada 11 Julai 2021.
Pengadu memberitahu, dia tidak berniat untuk menjadikan rakaman panggilan video sebagai bahan bukti.
Menerusi keterangannya, pengadu memberitahu mahkamah dia menggunakan dua telefon bimbit, satu telefon untuk merakam dan satu lagi untuk panggilan video.
Pengadu juga tidak mengaku telah dipujuk untuk menggunakan rakaman video berkenaan sebagai bukti untuk menentang Ebit.
“Gerak hati saya, saya tiada tujuan lain. Saya rasa mahu rakam dan lelaki itu (Ebit) tidak tahu.
“Yang saya serah kepada polis telefon Samsung A31 dan untuk rakaman pula, saya guna telefon rumah (Samsung Note 9). Saya rakam dan saya simpan dalam telefon rumah itu dan saya ada hantar ke telefon peribadi saya,” katanya.
Beliau berkata telefon yang digunakan untuk panggilan video itu diserah kepada polis pada 7 Ogos 2021.
Artikel lain: Rasa diri dirosakkan, saksi dakwa Ebit Lew perdaya secara halus ikut kemahuan seksual
Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.
Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.
Perbicaraan disambung esok.
Sumber: Harian Metro (Bernama), Kosmo! Online (Suraidah Roslan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source