“Kuala Lumpur berada dalam keadaan selamat”- Zaliha Mustafa umum operasi SAR tanah jerlus dihentikan hari ini
“Kuala Lumpur berada dalam keadaan selamat,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa dalam sidang akhbar, hari ini.
Zaliha berkata, orang ramai juga diminta tidak percaya sebarang ilustrasi yang dimuat naik di media sosial mengenai status Kuala Lumpur.
Nasihatnya, orang ramai dimintta merujuk kepada pihak berautoriti untuk mendapatkan maklumat yang sahih.
Artikel lain: Terselamat dari ‘ditelan’ tanah jerlus, lelaki India sah peluk Islam
Kuala Lumpur berada dalam keadaan selamat
Dalam pada itu, beliau mengumumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Jumaat minggu lalu, dihentikan serta-merta, hari ini.
Menurutnya, keputusan itu diambil selepas kerajaan mengambil kira isu keselamatan membabitkan pasukan SAR, orang ramai dan kawasan sekitar.
“Keselamatan ini ada beberapa perkara. Pertama, keselamatan anggota SAR yang turum ke bawah mencari mangsa.. arus deras dan sebagainya membahayakan anggota kita.
“Kedua, keselamatan kawasan sekitar kerana seperti kita tahu, kita lihat kesan seperti mendapan kedua. Ini juga beri kebimbangan.
“Ketiga, kita perlu segera benarkan untuk aktiviti harian diteruskan di sini. Tetapi, dalam masa yang sama kita tak ketepi hal keselamatan pengunjung,”katanya.
Maklumnya, beliau sudah berbincang dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy tempoh hari dan kerajaan bersedia mempertimbangkan untuk memberi pampasan kepada keluarga mangsa insiden.
Bagaimanapun perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.
Fasa pencarian, pemulihan akan dikendalikan PDRM
Tambah Zaliha, fasa seterusnya ialah pencarian dan pemulihan yang akan dikendalikan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Ada beberapa perkara juga kita akan lakukan. Pertama oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri, antaranya pemetaan utiliti dan kajian struktur tanah di seluruh Kuala Lumpur.
“Kita perlu juga buat sesi libat urus dengan peniaga untuk kita bantu mereka meneruskan aktiviti di sini kembali,”ujarnya.
Beliau juga memberitahu, DBKL akan melakukan proses pemulihan dan pembangunan semula di kawasan Masjid India iaitu meliputi kawasan sejauh 100 meter dari tempat kejadian.
Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada semua agensi yang terbabit dalam operasi SAR yang sudah bertungkus-lumus dalam usaha pencarian mangsa sejak hari pertama kejadian pada 23 Ogos lalu.
Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, berasal dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India di sini.
Sumber: Astro Awani (Madiha Abdullah), Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor), Utusan Online (Nuraina Hanis Abd. Halim)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source