“Maafkan diri sendiri dulu dan terima kelemahan..”- Pesanan Hana Ismail buat mangsa r*gol kembali tular
“Maafkan diri sendiri dulu…”demikian pesanan isteri kepada pendakwah selebriti Da’i Syed iaitu Hana Ismail buat mangsa rogol.
Tular kembali video lama sewaktu Da’i Syed dan isterinya hadir sebagai tetamu bagi sesi podcast bersama pempengaruh yang juga penyanyi, Caprice di media sosial.
Menerusi potongan video dikongsikan di platform X, pasangan suami isteri itu diminta untuk menyampaikan mesej atau pesanan buat mangsa yang dipercayai mengalami kemurungan akibat dirogol.
Artikel lain: Hana Ismail reda suami terima hukuman penjara- “Mata ini menangis & hati ini bersedih…”
‘Maafkan diri sendiri dulu…’
Hana berkata, dia amat bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa rogol, namun mereka perlulah cuba memaafkan diri sendiri terlebih dahulu.
Pesannya lagi, tidak semua perkara yang dilalui dalam hidup perlu dicanang di media sosial sehingga diketahui khalayak ramai.
“Saya nak bagitahu dengan dia yang kita semua melalui ujian. Saya bersimpati dengan apa yang telah berlaku kepadanya.
“Cuma saya nak dia faham bahawa tak semua benda dalam dunia kita perlu bagitahu kepada semua orang.
“Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah berdamai dengan diri sendiri, maafkan diri sendiri terlebih dahulu dan terima kelemahan serta kelebihan diri,”pesan Hana Ismail.
Da’i Syed minta hadapi hidup dengan tenang
Apa yang membangkitkan kemarahan warganet apabila pesanan yang ditinggalkan oleh pendakwah selebriti berusia 29 tahun dengan meminta mangsa untuk menghadapi hidup mereka dengan tenang.
Pun begitu, dia sempat meminta maaf kepada mangsa rogol sekiranya dia telah melakukan kesalahan kepada mereka.
“Saya mohon maaf kalau saya melakukan kesalahan kepada dia.
“Hadapilah hidup ini dengan tenang sebab kita tak tahu kita masuk syurga atau neraka. Jadikan dunia ini sebagai syurga,”kata Syed.
Sekadar info, Da’i Syedatau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Sumber: X SyedAkramin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source