Perbuatan kamu tak dapat diterima akal sebagai pendakwah agama
‘Perbuatan kamu tak dapat diterima akal sebagai pendakwah agama’
Hakim Mahkamah Sesyen, Norazlin Othman berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas pendakwah selebriti, Da’i Syed kerana merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
‘Perbuatan kamu tak dapat diterima akal’
Norazlin menyifatkan perbuatan yang dilakukan pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful suatu yang tidak dapat diterima akal secara munasabah kerana mempergunakan mangsa yang lemah.
Beliau dalam penghakiman berkata, tertuduh merupakan seorang pendakwah selebriti yang memberi impak besar kepada orang awam terutama masyarakat Islam di negara ini, anak-anak muda dan penuntut universiti.
“Mahkamah mengambil kira peranan yang sering dimainkan oleh tertuduh dalam memberikan ceramah agama dan motivasi.
“Mahkamah juga mempertimbangkan kesan trauma kepada mangsa kerana membabitkan wanita dan kehormatan,”katanya.
Artikel lain: Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, tiga sebatan kerana merog*l
Ujarnya lagi, mangsa pasti mengalamu trauma kerana perlu mengumpul segala kekuatan untuk tampil membuat laporan serta melalui proses perundangan yang pandang.
Malah, kes terbabit bukanlah mudah dan kejadian yang menimpa mangsa pasti akan berada dalam ingatan mangsa hingga akhir hayatnya.
Sementara itu, Norazlin berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan itu.
“Pembelaan tertuduh bersifat penafian dan tidak cukup mematahkan kes pendakwaan bahawa kejadian rogol sememangnya berlaku.
“Pihak pendakwaan membuktikan bahawa tertuduh adalah orang yang mula-mula mengajak mangsa keluar dan membawa pergi ke rumahnya.
“Selain itu, mangsa yang lemah dan lurus bendul dibuktikan tidak boleh membuat keputusan serta melawan tertuduh ketika kejadian,”ujarnya.
Hakim tolak tangguh hukuman, ambil kira peranan tertuduh sebagai pakar motivasi
Menurutnya, hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bukan sahaja pengajaran kepada tertuduh malah buat orang awam lain secara keseluruhannya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memohon hukuman berat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kekerapan kes rogol yang semakin berleluasa.
“Kredibiliti tertuduh yang mempunyai latar belakang agama dipandang tinggi namun dia menggunakan kedudukan itu untuk mengambil kesempatan ke atas mangsa.
“Saya memohon hukuman penjara tertuduh sekurang-kurangnya selama 12 tahun,” katanya.
Bagaimanapun, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh memohon pelaksanaan penangguhan hukuman.
Peguam tertuduh berkata, anak guamnya itu sudah berkahwin dan baru saja menimang cahaya mata baru berusia 16 hari.
“Ini kesalahan pertama tertuduh, justeru saya memohon penangguhan hukuman dan akan memfailkan rayuan. Jika tertuduh berada dalam penjara, ia menimbulkan kesan signifikan,” katanya.
Hakim bagaimanapun menolak permohonan penangguhan itu kerana tiada keadaan khas untuk mempertimbangkan perkara berkenaan dan hukuman penjara berkuat kuasa mulai hari ini.
Pendakwah selebriti itu dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Sesyen.
Sumber: BH Online (Suraya Roslan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source