Simpati telefon sudah ‘uzur’, pendakwah hadiahkan CEO siput sedut iPhone baharu
Pendakwah bebas dan penceramah motivasi, Mohammad Yaakub Yusra hadiahkan iPhone baharu buat Aswad, individu yang mencetuskan perlumbaan siput sedut sehingga menjadi trend di media sosial sejak kebelakangan ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Yaakub di laman Facebooknya, dia tampil membantu kerana berasa simpati terhadap Aswad yang terpaksa menggunakan telefon ‘uzur’, menyukarkan dia untuk bersiaran secara langsung acara lumba siput.
Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (Madad) itu meluahkan rasa kagum dengan sikap Aswad yang terus menghubungi ibunya untuk memaklumkan berita baik tersebut.
“Benda pertama Aswad buat bila dapat iPhone baru adalah telefon mak dia, padan la Allah bagi rezeki melimpah ruah kat dia kan. Mak adalah segalanya untuk dia.
“Semalam masa live perasan la beberapa kali orang asyik telefon CEO siput ni, bila call masuk auto la terganggu live tu sebab kacau network.
“Dia pula pakai iPhone lama ja, live sejam dah panas macam sosej yang dok jual kat kedai ayam gunting tu,” katanya.
Jelas Yaakub lagi, dia tidak mempunyai niat untuk menumpang populariti lelaki berkenaan sebaliknya mahu meringankan beban Aswad yang gigih mencari rezeki untuk keluarga.
Pendakwah hadiahkan CEO siput sedut
Artikel lain: “Hukum lumba siput adalah harus jika tiada unsur judi..” – Ustaz Azhar Idrus
“Saya tak tumpang dia pun tau, saya dah ada platform saya sendiri dan ada bisnes saya. Sekadar bantu apa yang boleh mudah-mudahan dia boleh lebih berjaya dari saya.
“Doakan ya CEO siput aka Aswad dipermudahkan urusan..” tambahnya lagi.
Terdahulu, pendakwah bebas terkenal, ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum lumba siput sedut adalah harus sama ada manusia atau haiwan.
Pendakwah hadiahkan CEO siput sedut
Perlumbaan siput dibenarkan selagi mana tiada unsur-unsur haram serta bercanggah dengan ajaran agama Islam seperti judi atau menyiksa haiwan terbabit.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki yang menggunakan akaun @tansri_ash menganjurkan perlumbaan siput sedut di laman sosial TikTok.
Perlawanan yang diadakan secara siaran langsung di aplikasi itu mampu menarik lebih 20,000 penonton dimana para ‘pelumba’ dinamakan mengikut negeri-negeri yang ada di Malaysia.
Sumber: Facebook @Mohammad Yaakub Yusra
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source