Baby Shima persoal pendakwah bebas sokong Da’i Syed
Penyanyi Baby Shima persoal pendakwah bebas yang memberikan sokongan terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Baby Shima telah memuat naik satu tangkap layar artikel memaparkan pendakwah bebas Da’i Fuad yang meminta orang ramai untuk berhenti mengecam Da’i Syed.
Baby Shima persoal pendakwah bebas sokong Da’i Syed
Sebelum ini, Da’i Fuad telah membuat hantaran di aplikasi X dan itu merupakan ujian bukan sahaja untuk Da’i Syed namun untuk mereka semua.
Pada masa yang sama, dia juga meminta orang ramai untuk mengasihani isteri dan anak Da’i Syed kerana ini merupakan ujian buat mereka juga.
Susulan itu, Baby Shima mempersoalkan mengapa pendakwah bebas itu tetap memberikan sokongan terhadap Da’i Syed walaupun sudah disabitkan kesalahan.
Baby Shima berkata pendakwah itu tidak berlaku adil kerana hanya memberikan teguran dan hukuman kepada selebriti-selebriti lain.
Beri sokongan kepada Da’i Syed, Baby Shima persoal pendakwah bebas
“Kenapa tak ada surat terbuka buat mangsa rogol dan perogol? Kalau saya, bukan main buat konten.
“Kena puak sendiri, pandai pula suruh netizen diam. Bila puak dia buat hal, semua senyap sunyi masuk dalam gua.
“Buat-buat tak nampak, tak ada surat terbuka, tak ada doa bala. Ada yang siap menjatuhkan hukum neraka terus kalau isu saya dan artis lain,” katanya.
Artikel lain: Wanita dakwa diganggu Da’i Syed ketika isteri hamil, siap ajak pergi Dubai?
Tambah penyanyi 31 tahun itu, pendakwah bebas itu hanya membuatkan teguran buat dirinya hanya kerana mahukan tontonan daripada warga maya.
“Bila hal artis, semua laju buat konten nak naikkan view semata-mata katakan. Baru komen Facebook dan Instagram meriah. Konon terpaling tegur,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan sokongan terhadap kenyataan Baby Shima dan berkata mereka hanya berpihak kepada individu yang mempunyai gelaran yang sama.
Baby Shima persoal pendakwah, memang patut kena kecam
Sekarang zaman syaitan bertopengkan agama ke?
Kita cuma boleh nasihat je keturunan Syed dan Sharifah
Terdahulu, Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Mohd Syaiful dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.
Sekadar info, Da’i Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.
Sumber: Instagram Baby Shima
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source