Berang dituduh mandul, isteri pertama Abang Tesla dedah pernah hamil
Isteri pertama Abang Tesla dedah pernah hamil susulan terdapat terdapat individu yang menuduh dirinya mandul dan tidak dapat memberikan pewaris kepada suaminya.
Menerusi beberapa hantaran di InstaStory, isteri pertama Abang Tesla iaitu Nurmajdina berkata dia sudah beberapa kali menjalani proses persenyawaan in vitro (IFV).
Dituduh mandul, isteri pertama Abang Tesla dedah pernah hamil
Bagaimanapun, dia mendakwa semua proses IVF-nya diganggu oleh individu yang dipercayai madu, Nur Syafiqah Mohd Hanafi bersama penyokongnya.
telah diganggu oleh madunya, Nur Syafiqah Mohd Hanafi bersama individu-individu yang menyokong madunya.
Pada masa yang sama, Nurmajdina juga berkata selain menganggu proses IVF, individu tersebut bersama penyokongnya juga menganggu rumah tangga dan kesihatan mentalnya.
“Aku bukan mandul tak boleh bagi pewaris. Aku lama pendam korang ganggu proses IVF aku berkali-kali. Kau dah ganggu rumah tangga aku, kau bawak kaum kau ganggu mental aku.
“Lebih setahun aku diam dan tak kongsi apa-apa. Tapi kau punya kaum ayat masing-masing macam aku ni mandul,” katanya.
Dalam pada itu, pempengaruh yang juga merupakan usahawan itu telah memuat naik foto memaparkan ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan dia sedang hamil.
Bagaimanapun, usahawan itu telah mengalami beberapa keguguran namun dia hanya mendiamkan diri disamping berkata dia tidak kisah jika dikatakan gila atau meroyan.
Isteri pertama Abang Tesla dedah pernah hamil guna IVF
“Saya tak mandul. Pewaris saya ramai Allah jaga kat syurga. Alhamdulillah.
“Saya banyak diam dan simpan sorang macam-macam cerita. Takpe pun kalau orang nak cakap saya ni gila dan meroyan. Sebab korang tak tahu cerita penuh.
“Doakan saya selalu, tu je saya minta,” luahnya.
Beri bukti, isteri pertama Abang Tesla dedah pernah hamil
Sementara itu, Nurmajdina juga meluahkan rasa berang selepas hantaran seorang individu di Facebook yang mendakwa anak madunya itu bakal menjadi pewaris kepada perniagaan Khal Legacy.
“Jangan nak mengaku pasal Khal Legacy ni sedangkan kau tak tahu apa-apa dan takde membantu apa pun dalam perjalanan Khal Legacy. Mohon ada perasaan malu untuk kau dan kaum kau semua,” katanya.
Pada masa yang sama, Nurmajdina juga meluahkan rasa penat kerana telah lama memendamkan rasa disamping berasa kasihan terhadap pekerjanya kerana individu tersebut mengatakan Khal Legacy sudah ada pewaris.
Artikel lain: Sorok kelahiran anak pertama, Abang Tesla mahu jaga hati masing-masing
Dipercayai berang terhadap madu, isteri pertama Abang Tesla dedah pernah hamil
“Kau tak membantu apa-apa sampai Khal Legacy pernah ada enam cawangan. Langsung takde. Datang semua dah terhidang di depan mata kau.
“Aku sedih baca bila kenangkan muka staf-staf aku yang bertahun-tahun kerja. Tiba-tiba kau fikir macam tu. Tolonglah ada perasaan malu. Semoga kau dan kaum kau sedar diri.
“Cukup-cukuplah tu nak ‘bangga’ benda yang sebenarnya memalukan diri. Aku dah penat nak diamkan. Bab ni aku kena pertahankan demi mereka yang selama ni ada dan sokong Khal Legacy,” ujarnya.
Nurmajdina juga mendakwa dia bukan sahaja tidak dihargai, malahan dia juga tidak dihormati dan telah lama dihina oleh ‘individu’ yang didakwa berpihak kepada madunya.
“Saya lebih lama diam. Bertahun, tapi tak dihargai apatah lagi hormat. Mereka semakin melampau, menghina. Takpe pun kalau saya pertahankan seorang diri. Allah ada,” katanya.
Dituduh tak dapat beri waris, isteri pertama Abang Tesla dedah pernah hamil
Sebelum ini, tular satu hantaran di Facebook mendakwa isteri kedua Abang Tesla telah selamat melahirkan anak pertama mereka yang bakal menjadi pewaris Khal Legacy.
Bagaimanapun, Abang Tesla telah menafikan bahawa isteri keduanya mahu membolot hartanya hanya kerana telah melahirkan anak disamping meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan fitnah.
Sumber: Instagram Nurmajdina Jamari
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source