Terbabas elak kera melintas, suami sempat ajar isteri & ibu mengucap 2 kalimah syahadah
Suami sempat ajar isteri dan ibu mengucap dua kalimah syahadah sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir susulan terlibat dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau-Kuala Ketil, di sini pada Sabtu.
Mohd Fadzil Othman, 27, berkata, sejurus kemalangan, dia terus keluar kereta mencari isteri, anak bongsu dan ibu yang terpelanting keluar.
Mereka tercampak keluar sejauh beberapa meter dalam kemalangan yang dipercayai berlaku selepas Mohd Fadzil cuba mengelak seekor kera melintas jalan.
Suami sempat ajar isteri, ibu mengucap
Mohd Fadzil berkata, sebelum kejadian berlaku, mereka sekeluarga baru selesai berkelah di Sungai Sedim sempena cuti umum Hari Kebangsaan.
Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, dia ternampak seekor kera meluru melintas jalan dan cuba mengelak sehingga mengakibatkan kereta berpusing sebelum terbabas ke dalam longkang.
“Kemudian saya bergegas keluar mencari isteri (Siti Norhasliza Kamarudin, 26) yang tercampak hampir lima meter dari kereta dan menemuinya dalam keadaan amat teruk.
“Saya sempat mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan saya.
“Kemudian, saya pergi dapatkan emak (Omi Kalsom Man, 69) yang ketika itu dalam keadaan sangat nazak sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,”ujarnya.
Artikel lain: “Isteri meninggal dunia atas riba saya..”- Dipijak gajah, suami sempat ajar orang rumah mengucap
Anak bongsu daripada lapan beradik juga percaya isterinya sudah sedaya upaya melindungi anak peremuan mereka, Lufiya Mikayla,2, dengan memeluknya dan kemungkinan menerima kesan serius akibat hentakan kemalangan tersebut.
Sementara itu, Mohd Fadzil mengalami cedera di tangan dan kaki sementara anak sulung, Luth Mikhael, 3, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Maklumnya, buat masa sekarang dia hanya fikir akan keadaan anak perempuannya yang kini sedang bertarung nyawa dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.
Jenazah Siti Norhasliza selamat dikebumikan di kampung halamannya di Padang Temusu pada 10 pagi, sementara jenazah Omi Kalsom dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Haji Ngah pada 11 pagi Ahad.
Sumber: Astro Awani (Adie Sufian Zulkefli), Sinar Harian (Roslinda Hashim)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source