Stesen TV berhak tarik semula gelaran Da’i, tak semua agamawan bermasalah- Amin Idris
‘Stesen TV berhak tarik semula gelaran Da’i..’
Demikian pendapat pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris apabila timbul isu melibatkan pendakwah selebriti yang lahir daripada program terbitan stesen televisyen.
Stesen TV berhak tarik semula gelaran
Menurut pandangan Amin, stesen televisyen berhak untuk memutuskan untuk menarik semula atau tidak gelaran Da’i atau Pencetus Ummah bermasalah.
Katanya, keputusan tersebut terletak di bawah bidang kuasa stesen TV yang melahirkan Da’i dan Pencetus Ummah.
“Kita kena semak dahulu, adakah gelaran ini satu bentuk pentauliahan atau pengiktirafan dalam bidang ilmu sehingga ada keperluan untuk ia ditarik semula.
“Sekiranya ada keperluan, pandangan saya, stesen televisyen berkaitan yang bertanggungjawab menarik semula gelaran berkenaan atau paling tidak membuat kenyataan rasmi mengenainya.
“Tanggungjawab ini bukan dipikul organisasi agama mahupun pendidikan,” katanya.
Tak semua agamawan bermasalah
Amin juga berharap masyarakat tidak mudah pukul rata dan menyalahkan semua individu bergelar Da’i dan Pencetus Ummah disebabkan kontroversi membabitkan beberapa individu yang membawa gelaran berkenaan.
“Saya tidak nafikan, gara-gara kontroversi berkenaan, imej ilmuan dan agamawan lain turut tercalar.
“Sampai ada pihak masjid yang membatalkan jemputan mereka kepada sahabat-sahabat Da’i dan Pencetus Ummah disebabkan kontroversi berkaitan.
“Tapi saya harap, masyarakat tidak pukul rata, gara-gara satu atau dua individu, semua Da’i atau Pencetus Ummah dikata bermasalah.
“Inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,”katanya lagi.
Artikel lain: Baby Shima persoal pendakwah bebas sokong Da’i Syed – “Kena puak sendiri pandai pula suruh netizen diam”
Sementara itu, seorang lagi pendakwah terkenal, Ahmad Dusuki Abdul Rani menasihati agar mana-mana pihak tidak mudah memberikan gelaran ‘ustaz’ lebih-lebih lagi berkaitan hal ehwal agama kepada mana-mana individu.
“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghadiahkan gelaran berkaitan agama kepada mana-mana individu dengan begitu sahaja. Contoh seperti gelaran ustaz, yang sekarang ini terlalu mudah diberikan kepada seseorang.
“Kita kena ingat pesan Rasullullah SAW, yang membawa nama Islam ini adalah benteng kepada agama. Jadi, janganlah kita burukkan agama dengan perkara-perkara yang tidak elok,” katanya.
Pada Jumaat lalu, negara digemparkan dengan berita seorag pendakwah selebriti, Da’i Syed atau Syed Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, atas hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita di sebah kondominium lima tahun lalu.
Sumber: Utusan Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source