Ketika Mesir Sembah Satu Tuhan!
Korang mesti kenal Firaun Akhenaten (1353–1336 SM), Firaun dari Dinasti ke-18 yang pernah suruh satu Mesir untuk sembah satu tuhan saja.
Dalam sejarah, Baginda dikatakan antara penguasa terawal yang kenalkan ajaran monoteisme. Disebabkan tindakan provokatif bagindalah menyebabkan nama baginda terus bergema di dalam arena perbahasan sejarah Tamadun Mesir Purba!
Ketika Akhenaten memerintah, baginda pergi haramkan semua amalan penyembahan dewa dewi yang sudah sekian lama jadi amalan masyarakat Mesir Purba. Kuil-kuil ditutup, harta para pendeta dirampas, patung dewa dewi berkecai dimusnahkan. Akhenaten dilihat begitu tekad dalam memenuhi misinya sebagai ‘utusan’ dewa mentari Aten.
Bersama angin perubahan ini, rakyat Mesir dipaksa untuk menganut monoteisme dengan menyembah Aten yang satu. Suatu perubahan yang cukup radikal dan mengejut.
Bukan setakat itu, Akhenaten juga pindahkan ibu kota Mesir ke sebuah kota yang baru iaitu Kota Akhetaten. Akhetaten jadi kota hub utama bagi Mesir ketika itu. Akhetaten memiliki pusat pentadbiran, istana, ibu pejabat tentera, dan hampir keseluruhan premis penting kerajaan dipindahkan ke kota ini.
Dengan sokongan padu pihak tentera dan para pembesar, Akhenaten berjaya jadikan Akhetaten sebagai kompleks utama penyembahan Aten.
Aspek kesenian turut terkena tempias hasil daripada revolusi ini. Keanehan jelas dapat dilihat pada seni ukiran patung Firaun ketika era ini. Para artisan diberi kebebasan berseni tanpa terikat dengan adat resam yang sekian lama diamalkan sebelum daripada itu. Hasilnya, imej Akhenaten dan keluarga diraja diukir dengan rupa paras yang cukup aneh!
Pun begitu, Era Amarna tidak bertahan lama. Lepas Akhenaten mangkat, pewarisnya iaitu Tutankhamun, telah rombak segala perubahan yang dibuat. Tutankhamun kembalikan ajaran Politeisme ke Mesir. Selain pindahkan balik ibu kota Mesir ke Thebes.
Walaupun tempoh Era Amarna hanya bertahan sekitar 17 tahun, namun perubahan yang berlaku cukup besar sehingga meninggalkan impak yang agak mendalam buat sejarah Mesir Purba.
Keberanian Akhenaten dalam melawan tradisi dengan perkenalkan monoteisme terus menjadi bualan hangat para sarjana hingga ke hari ini. Namun, persoalannya bukan sekadar soal agama. Ia juga menyentuh aspek politik dan kuasa.
Akhenaten telah gunakan agama sebagai alat untuk perkukuhkan kedudukannya yang menyingkirkan pengaruh para pendeta yang telah lama mendominasi Mesir. Kebijaksanaan politiknya dalam menggunakan agama untuk mempengaruhi rakyat dan mengukuhkan kuasa kerajaan adalah satu strategi yang belum pernah dilihat pada zaman itu.
Sejarah Akhenaten menunjukkan betapa kuatnya pengaruh seorang pemimpin yang berani menentang arus dan memperkenalkan idea baru, walaupun berdepan dengan risiko besar.
Oleh: Fakhry Harraz
—-
Berminat untuk dalami sejarah tamadun Mesir Purba?
Mempersembahkan, KITAB TAMADUN MESIR PURBA. Sebuah judul komprehensif yang memuatkan sejarah dan fakta Tamadun Mesir Purba.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source