Ketika Terengganu Beraja Dua! – The Patriots
Jarang dalam dunia ini, kita dapati ada kerajaan yang stabil apabila diperintah oleh dua orang penguasa. Paling-paling pun, tetap akan berakhir dengan tragedi perebutan takhta dan perang saudara.
Perkara yang sama pernah berlaku di Terengganu suatu ketika dahulu. Di mana, dua orang peguasa pernah ditabal untuk pegang dua jawatan dominan dalam kerajaan. Dua orang penguasa itu ialah Tengku Umar dan Tengku Mansur.
Kisahnya bermula pada abad ke-19, ketika itu Terengganu di bawah pemerintahan Sultan ke-6 yakni Sultan Daud (1831). Ketika itu, Sultan Daud mengangkat Tengku Umar (adinda berlainan ibu) sebagai Yamtuan Muda dan Tengku Mansur sebagai Bendahara Paduka Raja. Dua jawatan ini boleh dikatakan agak setaraf pada masa itu.
Setelah kemangkatan Sultan Daud, oleh kerana memgang kedudukan dan taraf yang sama, dua figura yang disebut tadi mula merebut kuasa. Bagi mengelakkan perseteruan kian buruk, mereka bersepakat untuk cari jalan penyelesaian.
Kedua-dua akhirnya pihak bersetuju untuk jadikan Raja Mansur sebagai Yang Dipertuan Tua, manakala Tengku Umar pula sebagai Yang Dipertuan Besar. Sebagaimana yang diperkata oleh Sejarawan Buyong Adil: “…kedua orang raja itu telah diangkat dan digelar sebagai Raja-raja pemerintah di negeri Terengganu…”
Pun begitu, solusi ini tidak kemana. Walaupun baginda berdua punyai kedudukan yang setaraf sebagai raja bagi negeri Terengganu, mereka berdua tidak mahu bekerjasama dalam soal pentadbiran.
Lebih parah lagi, mereka berdua saling melantik para pembesar sendiri, selain masing-masing membina angkatan bersenjata yang lengkap dengan kubu pertahanan. Balik Bukit menjadi kubu Raja Mansur, manakala Tengku Umar memilih Bukit Puteri sebagai kubu miliknya.
Nak dijadikan cerita, suatu hari Raja Mansur pergi jumpa dengan Tengku Ismail yang selaku ayah mentua kepada Tengku Umar. Raja Mansur mohon kepada Tengku Ismail agar pujuk Tengku Umar untuk turun takhta. Selepas berbincang, Tengku Ismail berjaya pujuk Tengku Umar untuk turun takhta dan bubarkan angkatan bersenjatanya di Bukit Puteri.
Tetapi, ketika Tengku Umar dan pengikutnya nak menyerah di Bukit Puteri. Dengan tiba-tiba pasukan Raja Mansur datang serang mereka. Serangan itu menyebabkan Tengku Umar dan pengikutnya terkejut lalu terus melarikan diri ke Setiu, kemudian Besut, sebelum membuat sedikit onar di Kemaman.
Setelah Tengku Umar keluar dari Kuala Terengganu, Raja Mansur terus ditabalkan sebagai Sultan Mansur Syah II selaku Sultan Terengganu yang ke-7 (1831).
Pada tahun 1832, Tengku Umar memohon bantuan dengan bapa saudaranya iaitu Sultan Muhammad Shah II dari Lingga. Sultan Muhammad Shah II berusaha nak bantu, namun tak kesampaian apabila Sultan Mansur tolak usaha perdamaian yang diusul. Sultan Umar kemudian ikut Sultan Muhammad Shah II pulang ke Lingga dan menetap 7 tahun disana.
Sultan Mansur akhirnya mangkat pada tahun 1839, lalu diganti dengan Sultan Muhammad. Sultan Muhammad hanya berumur 15 tahun ketika ditabal sebagai Sultan Terengganu ke-8, baginda dikenali sebagai Yamtuan Pelat oleh kerana masalah pertuturan yang dialami.
Pada tahun itu juga, Tengku Umar dan adindanya Tengku Mahmud tak ambil masa lama untuk bergerak dari Lingga untuk melanggar Kuala Terengganu. Pasukan Tengku Umar singgah sekejap di Kemaman untuk kumpulkan ahli pasukan serta bekalan senjata.
Setibanya di Kuala Terengganu, Tengku Umar bersama 40 orang pengikut berjaya menawan Kota di Kampung Bata. Ramai orang di Kuala Terengganu bangkit menyebelahi pasukan Tengku Umar. Hasilnya, Tengku Umar berjaya menumpaskan angkatan Sultan Muhammad di Bukit Puteri.
Sultan Muhammad yang tewas kemudiannya lari ke Besut sebelum ditewaskan lagi oleh panglima perang Tengku Umar. Sultan Muhammad akhirnya lari dan berlindung di Kelantan. Kejayaan itu buka ruang kepada Tengku Umar untuk ditabal sebagai Sultan Terengganu yang ke-9. Tengku Umar kini dikenali sebagai Baginda Sultan Umar. Menurut Buyong Adil, gelaran ‘Baginda’ itu diberikan oleh kerana sifat gagah Sultan Umar sebagai penakluk.
Sultan Muhammad yang diturunkan takhta itu pernah mencuba untuk langgar Kuala Terengganu bagi mengambil semula takhta, namun usaha itu gagal. Maka selepas itu, “Tetaplah Sultan Umar jadi Raja Terengganu sebagai Sultan Terengganu yang kesembilan.”
Konflik takhta antara Raja Mansur dan Tengku Umar menunjukkan betapa sukarnya nak kekalkan kestabilan antara dua penguasa. Macam mana pun, tetap akan bawa kepada kejatuhan salah satu pihak.
Oleh: Fakhry Harraz
—
Kalau nak tahu lebih banyak tentang sejarah negeri-negeri Melayu, sini saya cadangkan buku KITAB TAMADUN MELAYU II.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source