Pecah Rekod! Bayi 4.8kg Raih Tumpuan
Seorang bayi yang sihat telah dilahirkan dengan berat 4.8 kg, menarik perhatian ramai kerana kelahirannya dianggap luar biasa. Hal ini meraih perhatian ramai memandangkan berat bayi sedemikian jarang ditemui dalam kalangan kelahiran biasa, menjadikan kejadian ini sebagai sesuatu yang istimewa dan luar daripada kebiasaan.
Sebagaimana yang dikongsi oleh seorang wanita berkongsi berita gembira melahirkan bayi seberat 4.8 kilogram (kg) melalui kaedah caesarean (czer) menerusi laman sosial, TikTok @sueracun99.
Lebih mengejutkan perkongsian wanita ini yang dikenali sebagai Wan Nur Jahidah Wan Muim,telah meraih perhatian ramai sehingga jumlah tonton melebih 2.5 juta dalam tempoh sehari.
PECAH REKOD!
Lebih menarik, bayi bertuah ini dengan seberat 4.8kg antara bayi paling besar yang dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak!
Ramai kagum melihat kelahiran bayi berkenaan, ada netizen bertanya mengenai ‘rahsia’ bayi seberat 4.8kg, ibu ini menjelaskan tidak mengamalkan sebarang pemakanan sebaliknya keinginan minum minuman koko setiap malam.
Dalam pada itu, menurutnya lagi, kelahiran anak keempat merupakan kandungan paling mencabar kerana berdepan dengan alahan teruk dan keinginan minum Milo ais setiap malam tanpa gagal sehingga bersalin.
Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan tahniah atas kelahiran anak yang ke empat dan menyifatkan ia sebuah rezeki buat keluarga itu.
@sueracun99 #babygemoy #babytadika ♬ original sound – gitzkyyy
Sumber: @sueracun99
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source