Perkongsian Fazura tentang kesabaran cetus tanda tanya -“You & Allah, cinta sejati”
Perkongsian Fazura tentang kesabaran cetus tanda tanya selepas beberapa unggahannya di media sosial menjadi perhatian ramai.
Dia yang berkongsi qoutes berkaitan kesabaran itu turut meninggalkan emoji jambangan bunga tanpa sebarang kenyataan lain di Insta Story.
Perkongsian Fazura tentang kesabaran undang teka-teki
Qoutes yang dimuat naik itu menyatakan bahawa jawapan dalam hal yang sedang dihadapi adalah sabar dan ia perlu sentiasa sabar.
Perkara tersebut tidak dinyatakan dengan jelas dan pastinya membuatkan ramai tertanya-tanya tentang maksud yang dinyatakan.
Perkongsian Fazura tentang kesabaran, hanya Allah cinta sejati
Tak hanya itu, Fazura atau pemilik nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddin, 41, turut berkongsi satu qoutes mengatakan pada akhirnya kita hanya ada diri sendiri tanpa ada sesiapa yang akan bersama dalam apa keadaan sekalipun.
Namun, Allah S.W.T tetap ada untuk kita dan ia merupakan bukti cinta sejati Maha Pencipta kepada hambaNya.
Artikel lain: Fazura nafi rumah tangga bergolak, tak mahu tunjuk kebahagiaan di media sosial
Ada apa dengan Fazura & Fattah Amin?
Terdahulu, Fazura telah memuat naik satu perkongsian dengan mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ogos dengan beberapa gambar bersama anak dan teman-teman terdekat.
Ruangan komen selebriti terbabit menjadi perhatian ramai apabila rata-rata seakan bimbang dengan keadaan semasa pelakon itu lebih-lebih lagi sudah lama tidak melihat dia bersama suami, aktor terkenal, Fattah Amin.
Semoga keluarga pasangan selebriti itu terus diberi ketenangan dan keharmonian hingga ke akhir hayat.
Sumber: Instagram missfazura
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source