Macam Mana Raja Inggeris Ini Musnahkan Viking?
Ketika penghujung abad ke-8, pendaratan Viking di Kepulauan Inggeris ibarat barah yang merebak tanpa henti, memusnahkan apa sahaja yang mereka temui. Kaum tempatan, khususnya bangsa Anglo-Saxon, bagaikan hilang arah untuk menyelamatkan diri daripada kegilaan Viking ini.
Pada tahun 865 Masihi, bala tentera Viking yang dikenali sebagai ‘The Great Heathen Army’ melancarkan misi untuk menakluk kerajaan-kerajaan Anglo-Saxon seperti Northumbria, East Anglia, Mercia, dan Wessex.
Satu demi satu kerajaan Anglo-Saxon tunduk kepada kekuatan Viking. Bermula dengan Northumbria (870 M), diikuti East Anglia (870 M) dan Mercia (874 M). Kejatuhan kerajaan-kerajaan ini seperti runtuhnya tembok-tembok pelindung yang sebelum ini menghalang kemaraan Viking daripada menakluki seluruh tanah Britain.
Di tengah kekacauan ini, masih ada satu kerajaan Anglo-Saxon yang bertahan, dipimpin oleh seorang raja yang bijaksana dan berani. Kerajaan itu adalah Wessex, yang terletak di selatan Inggeris, dan diperintah oleh Alfred The Great (871-886 M).
Guthrum The Old, salah seorang ketua ‘The Great Summer Army,’ merupakan antara pemimpin utama Viking yang tiba di tanah Britain untuk bergabung dengan divisi Viking lain, membentuk ‘The Great Heathen Army.’
Kesatuan dan perpaduan yang kuat antara para pemimpin Viking ini adalah kunci kejayaan mereka sepanjang berkempen di tanah Britain. Mereka memiliki jumlah bala tentera yang ramai, mencecah ribuan orang pahlawan, lantas menjadi cabaran besar bagi Alfred The Great.
Pada tahun 875 M, Guthrum bersama bala tenteranya mula menceroboh wilayah Wessex. Berita ini seperti mimpi ngeri buat Alfred. Guthrum berjaya menawan Kota Wareham dan menjarah kawasan sekitarnya, memaksa Alfred untuk melutut dan mengadakan perjanjian damai.
Namun, perjanjian itu tidak bertahan lama. Guthrum kembali menyerang Wessex, tetapi gagal kerana bantuan tentera yang diharapkan tidak tiba. Alfred dapat menarik nafas lega seketika.
Namun, sekitar Januari tahun 878 M, di Chippenham, Alfred dikejutkan dengan serangan mengejut oleh Guthrum. Serangan ini mencatatkan jumlah kematian yang tinggi di pihak Wessex dan memaksa Alfred dan pengikutnya berundur ke tanah paya Somerset.
Di sana, Alfred membina kubu di Athelney dan merancang strategi balas untuk mengusir Viking dari Wessex. Militia-militia dari seluruh Wessex berkumpul di Athelney, bersatu di bawah pimpinan Alfred, membentuk angkatan tentera yang mampu mencabar The Great Heathen Army.
Akhirnya, pada tahun 878 M di Ethandun, kedua-dua angkatan ini bertempur dalam Pertempuran Edington. Alfred The Great memimpin tenteranya dengan berani dan berjaya menewaskan Viking dengan kemenangan gemilang. Kemenangan ini menundukkan keangkuhan Viking yang sekian lama menjarah bumi Wessex.
Guthrum terpaksa memeterai perjanjian damai dengan Alfred dan bersetuju untuk keluar dari Wessex dan kembali ke East Anglia. Lebih menarik, selepas tiga minggu, Guthrum dibaptiskan sebagai seorang Kristian dengan nama baru, Aethelstan.
Keberanian dan kebijaksanaan Alfred The Great dalam menghadapi ancaman Viking tidak dapat dinafikan. Walaupun tidak sepenuhnya berjaya menghalau Viking keluar dari tanah Britain, nilai perjuangan dan usaha kerasnya harus dipuji.
Dalam masa yang sukar dan penuh cabaran, Alfred berjaya menyalakan semula semangat juang bangsa Anglo-Saxon, membuktikan bahawa keberanian dan kesatuan mampu menewaskan musuh yang kelihatan tidak terkalahkan.
oleh: Fakhry Harraz
—
Berminat dengan sejarah Eropah?
Sini saya cadangkan buku KITAB TAMADUN EROPAH, sebuah buku sejarah Eropah yang padat dan komprehensif.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source